Follow Me on Twitter

Tuesday, December 14, 2010

Mari mendoakan kesejahteraan Afizz dan ayah Innanie

Mana pula si bakal pengarah filem ni pergi...


Aku tertanya-tanya mengapa salah seorang sahabat bloggerku si Afizz ni tak update blognya begitu lama. Rupa-rupanya setelah aku baca entri yang disetkan Auto Publish semalam barulah aku mengerti.

Afizz sebenarnya telah menjalani rawatan di sebuah hospital, berkenaan dengan sakit migrainnya yang teruk (sampai hidung berdarah dan pengsan tu). Jadi dia telah memutuskan untuk menjalani pembedahan di bawah tengkuk (seperti yang dikatakannya).

Jadi ini cuma entri ringkas untuk sama-sama mengajak anda semua sahabat blogger sekalian untuk mendoakan kesihatan beliau dan semoga pembedahan tersebut berjalan lancar (aku tak pasti ia dah dilakukan atau belum).

“Afizz, semoga pembedahan berjalan lancar dan ko kembali sembuh”


Dan, satu berita lagi diterima tentang keadaan ayah Innanie Ariffin yang lumpuh sebelah badan setelah mengalami pendarahan otak (minor) pada saraf pergerakannya. Ayahnya terjatuh semasa mengendalikan bacaan doa akhir dan awal tahun baru Maal Hijrah yg lepas. Sama-sama juga kita berdoa semoga keadaan ayahnya kembali pulih sedia kala.


“Semoga ayah Innanie kembali sembuh”

p/s:Kalau okay katanya (Afizz) Jumaat ni dia buat entri..