Follow Me on Twitter

Saturday, December 11, 2010

Perhatian kepada blogger! Musim apa sekarang?

Ikuti perbualan di bawah.

Perbualan sepasang suami isteri

Isteri: Abang...jomla..jomla abang...sayang abang...
Suami: Haish...yela, nanti saya bawa awak shopping...musim Year End Sale ni pandai pula awak menggoda..

Perbualan anak dan ayah

Anak: Papa papa, musim cuti sekolah ni kita nak pergi mana?
Ayah: Hmm...nanti papa fikir. Sekarang ni kamu main psp tu dulu ayah dah belikan.

Perbualan antara dua orang blogger

Blogger A: Bro, dah baca blog X?
Blogger B: Dah. Pasal contest. Apa lagi, jom join! Musim contest sekarang!

Hehe..ini bukan entri contest. Cuma entri promosi berkenaan beberapa contest dan giveaway yang sedang berlangsung buat masa ni. Memang aku ingin sertainya tetapi buat masa ni aku nak tolong promosikan dulu.

Antara contest dan giveaway yang berlangsung (sila klik untuk maklumat lanjut)

Contest Banner dan Blog Layout anjuran Fatin Izzati – Tarikh Tutup 2 Januari 2011 (aku ditag Raji)

My Header Contest anjuran Rieyanna – Tarikh tutup  5 Januari 2011 (aku ditag bro Belalang)

Edit Photo Contest anjuran Cik Qaseh Dalia – Tarikh Tutup 31 Disember 2010 (aku ditag Kak Hanim)

Contest SEO Berita Sukan Terkini anjuran Kimi Rekonen – Tarikh tutup 24 Disember 2010 (dapat tahu dari blog Bangku Kosong)

Contest Free Domain anjuran bro Framestone – Sebelum 12 Disember 2010 (mak ai dah lewat ni..ditag oleh Kak Suri, tak dapat join pun sebab tak ada facebook)

Giveaway Haven Restaurant Cash Voucher anjuran bro GTO - Tarikh tutup 31 December 2010 (bro GTO datang jemput)

Upin Ipin Giveaway anjuran bro Eqbalzack – Tarikh tutup 17 Disember 2010 (aku ditag bro Faizal)

Giveaway Domain daripada Sumijelly & Sekilass - Tarikh tutup 4 Januari 2011 (aku ditag Zikrihusaini dan Ali-alridha)

Okay, buat masa ini itu sahaja. Jadi apa lagi, tengah musim contest dan giveaway ni. Jangan dibiarkan peluang pergi begitu sahaja. Sekurang-kurangnya kita mencuba dan bersaing secara sihat.

InsyaAllah aku akan cuba sertai contest dan giveaway tu. Mana tau dapat ulang kejayaan dua kali dapat tempat pertama hehe...

Semoga berjaya kepada yang menyertainya. Tunggu sahaja penyertaan daripada Tengkorak Emas. Akan aku berikan cabaran yang serius :D


Oh, ini tiada kaitan...cuma sesuatu yang ditunggu-tunggu aku setiap minggu :D

p/s: Hujung minggu adalah masa untuk EPL!