Follow Me on Twitter

Thursday, December 9, 2010

Sampai bila nak gear 1?

Cuaca hari ini sungguh tenang.  Mendamaikan jiwa. Lebih-lebih lagi melihat kehijauan dan warna warni taman di depan mata. Ditemani pula dengan suara angin mendayu-dayu. Oh, asyiknya...Memang sudah lama aku berjalan-jalan di sini. Mencari ketenangan dan hiburan diri...

Sedang aku menikmati ketenangan itu, aku terlihat seekor belalang hijau melompat menghampiriku. Cantik. Lantas aku cuba menangkapnya. Tetapi ia dengan pantas melompat dan terbang. Aku berlari mengejarnya. Tapi tak terdaya lantas kehilangan belalang itu.

Mujur sahaja ada bangku kosong untuk aku melepaskan lelah. Ya, agak lama aku tidak berlari. Banyak masa dihabiskan dengan berjalan sahaja. Padahal satu ketika dulu aku terkenal dengan larian jarak jauh yang bertenaga. Argh...lupakan sebentar. Yang penting mahu lepaskan penat sambil melihat gelagat orang sekeliling yang mula memenuhi ruang taman.

Seorang lelaki yang sedang asyik membaca surat khabar menarik perhatianku. Kelihatan seperti seorang yang kuat berfikir. Selesai membaca dia lantas bangun dan sempat memberikan senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya dan hanya melihat dia pergi.

Eh...beg kecil itu siapa yang punya? Mungkinkah lelaki tadi? Masih belum jauh. Aku mengambil beg kecil lantas berlari mendapatkan lelaki itu sebelum dia meninggalkan taman.

Hm...mujur sempat. Tapi sekali lagi aku terpaksa berlari. Rasa haus pun muncul disebabkan larian tadi. Gerai rojak Penang berhampiran berjaya menarik perhatianku. Ada dijual air sekali. Kakiku pantas bergerak menghampiri gerai yang sudah biasa dikunjungi itu.

Cik Su, air jagung satu”

~~~~~

Panjang gila intro! Padahal nak cerita pasal Blog Larian je hehe...okay sebenarnya aku telah ditag 4 blogger untuk join blog larian ni. Iaitu bro Belalang, bro Hasrul Hassan, bro Ezzu Raza dan Cik Su. (Terima kasih :D)

Okay, kena jawab slogan untuk menyertai Blog Larian.

“Aku suka blogwalking sebab boleh membaca pengalaman orang lain dan juga mendapat ilmu pengetahuan yang baru. Selain itu, ia cara yang amat mudah untuk berkenalan dengan blogger-blogger lain”

Blog Larian ini memudahkan lagi blogwalking dan mengembangkan rangkaian blogwalking supaya tidak tertumpu kepada blog list semata-mata. Ia adalah satu direktori blog yang mengumpulkan senarai blog.

3 orang blogger yang aku nak tag.

Ciao Annin-sama (biar ramai dapat berkongsi bilik darjah :D)
Bro Fyzal (kita kumpul penyokong Man U dan peminat sejarah bro)
Raji (bagi ramai gila orang baca entri ko yang comel dan berwarna-warni)

Yang dalam kurungan itu aku saja tambah hehe...

Okay, nak tahu lebih lanjut tentang Blog Larian dan cara menyertainya? (Klik)

p/s: Mari follow Blog Larian ^___^ Tiba masa untuk gunakan gear tinggi...