Follow Me on Twitter

Tuesday, December 7, 2010

Segmen Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.


Sempena Maal Hijrah 1432, bro Hasrul Hassan sedang menganjurkan segmen khas yang berkenaan dengan beberapa soalan yang perlu dijawab. Jadi, atas nilai perkongsian ilmu, maka aku berbesar hati menyertai segmen ini.

Pertama kali anda dengar tentang Maal Hijrah, apa yang terlintas di ingatan anda?

Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Sambil-sambil ianya melintas di ingatan aku, terngiang-ngiang pula nyanyian nasyid ‘Satu Muharram detik permulaan....’ :D

Ceritakan sedikit pengetahuan anda tentang sejarah Hijrah ini.

Okay, aku nak berkongsi beberapa fakta tentang sejarah hijrah:

  • Pada tahun ke 13 kenabian, Nabi Muhammad s.a.w memerintah umat Islam berhijrah ke Madinah.
  • Sebelum itu, baginda telah melantik 12 Ketua Kabilah di kalangan 75 orang Madinah selepas Perjanjian Aqabah ke 2 dibuat.
  • Orang yang mula-mula berhijrah adalah Abu Salamah bin Abdul Asad, dan beliau meninggalkan isterinya Ummu Salamah binti Abu Umayyah di Mekah.
  • Jarak antara Mekah dan Madinah ialah 450 kilometer.
  • Kebanyakannya keluar di malam hari ketika semua penduduk Mekah nyenyak tidur.
  • Umar bin al-Khattab keluar ketika siang benderang, malah mencabar kaum musyrikin menahannya.
  • Nabi Muhammad s.a.w menunggu perintah Allah untuk berhijrah.
  • Kaum musyrikin mula gelisah dan bermesyuarat (Iblis yang menyamar turut menyertainya)
  • Kaum musyrikin sepakat hedak membunuh nabi.
  • Allah menurunkan ayat 30, Surah al-Anfal memberitahu niat jahat kaum musyrikin.
  • Jibril datang menyampaikan perintah Allah supaya baginda berhijrah dengan ditemani Abu Bakar as-Siddiq.
  • 100 pemuda musyrikin mengepung rumah Nabi Muhammad s.a.w.
  • Ali bin Abu Talib tidur atas katil baginda untuk mengaburi pandangan musuh.
  • Baginda berjaya melepaskan diri lalu bersama Abu Bakar menuju ke Gua Thur.
  • Selepas musuh yang mencari baginda di Gua Thur beredar, baginda dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan ditemani Amir bin Fuhairah, (bekas hamba Abu Bakar as-Siddiq) dan Abdullah bin Uraiqit (seorang musyrik yang simpati dengan baginda dan pakar selok belok jalan sepanjang Laut Merah dari Tihamah ke Madinah, serta menjaga dua ekor unta kepunyaan Abu Bakar)
  • Baginda membayar harga unta Abu Bakar (tidak mahu ia secara percuma). Itulah unta Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Qaswa’.
  • Ketua kaum Bani Mudlij, Suraqah bin Malik mengejar baginda.
  • Namun dia insaf dan menawarkan peralatan perang kepada baginda, namun baginda menolak dengan baik. Maka pulanglah Suraqah.
  • Penduduk Madinah setiap hari menunggu baginda di Harrah (terletak 3 batu dari Madinah)
  • Nabi tiba di pinggir Madinah selepas 7 hari 7 malam.
  • Baginda singgah di Quba’ dan mula mendirikan masjid. Baginda berada di sana selama 4 hari. (Maka Masjid Quba’ siap apabila baginda datang semula)
  • Baginda memasuki kota Madinah pada hari Jumaat diiringi 100 muslimin Quba’.
  • Dan ketika hijrah inilah, solat Jumaat pertama didirikan di perkampungan Bani Salim bin Auf.
  • Ketibaan baginda disambut meriah penduduk Madinah.


Apa azam anda sebagai seorang muslim di tahun baru hijrah ini?

Menghafal al-Quran dengan terjemahannya.

p/s:Marilah sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.