Follow Me on Twitter

Wednesday, December 8, 2010

Tengkorak Emas dengan si Orkid...minta tolong...

Petang tadi semasa aku nak menyiram pokok limau purut dan cili kesayangan aku...aku terpandang...alamak...bunga Orkid dah layu..hu entah di mana silapnya, sejak adik aku bawa balik dari MAHA 2010, terus bunga tu mengalami proses untuk layu...ish2...

 Bunga dah takde kat atas tu..so tak payah tangkap full hehe

Ni pula bunga orkid yang dibeli mak di FLORIA Putrajaya 2010. Ada satu tu sempat tumbuh bunga sekali lepas tu layu semula. Mana silapnya? Yang aku tau bunga orkid yang mereka beli ni jenis epiphyte (yang menumpang di pokok lain) dan ditanam di dalam pasu yang diisi dengan arang, serbuk kayu serta sabut kepala sawit. Jadi perlu berhati-hati dengan kadar siraman. Adakah aku siram terlalu banyak?


Oh, mereka tugaskan aku menjaga orkid sepanjang mereka bercuti di kampung, Sarawak.

Ada sesiapa yang tahu cara penjagaan orkid? Ada juga aku tanya Uncle Google, lalu membawa aku ke sini. Tapi aku nak juga tau jika ada mana-mana blogger yang tahu selok belok menjaga orkid.

Oh..ini tiada kaitan dengan orkid. Cuma kucing jiran yang selalu datang minta makanan tiap kali aku keluar rumah. Aku namakannya Mika. (Haha suka-suka je bagi nama)

 Ya...ia makan roti...jangan tak percaya...:P (aku confuse nak bagi apa tadi haha)

p/s:Bila Tengkorak Emas mula berkebun...setakat ni limau purut dengan cili je yang tak takut dengan aku...yang lain hidup segan mati tak mahu...:P