Follow Me on Twitter

Friday, December 31, 2010

What is more important than rule?

Tak lama lagi Tahun 2010 Masihi bakal berakhir dan Tahun 2011 akan bermula. Walaupun tahun baru Hijrah 1432 sudah pun disambut, tapi nampaknya tahun baru yang ini masih juga disambut semua orang.

Khutbah Jumaat pada hari ini hanya berkisar tentang sambutan tahun baru, yang selalunya dikaitkan dengan gejala sosial dan perlakuan zina. Maka, dengan itu kerajaan negeri Selangor akan melancarkan gerakan anti-zina menjelang sambutan tahun baru malam ini.

Zina termasuk dalam kesalahan yang boleh dikenakan hukum hudud dalam undang-undang Islam mengikut syarat-syarat tertentu jika tiada sebarang keraguan atau shubhah. Tapi memandangkan negara ini tidak melaksanakan hukum hudud, biarlah aku ingatkan diri aku dan anda semua tentang perkara yang termaktub dalam Seksyen 25 dan 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 (bagi Negeri Selangor)



Sebenarnya, jika ada rasa takut pada larangan Allah, secara automatiknya kita takkan melakukan jenayah syariah. Tetapi tewasnya masyarakat Islam kepada nafsu telah menghilangkan rasa takut itu. Dan di saat itu, akibat undang-undang juga tak dapat menghalang, melainkan ada perlaksanaan dan pencegahan.

Ya, aku harap gerakan anti-zina dapat dijalankan dengan lancar terutama pada malam menjelang tahun baru nanti. Dan aku harap pihak-pihak berkuasa seperti JAIS dan PDRM turut bekerjasama membanteras segala jenayah syariah mahupun jenayah sivil.

“What is more important than rule?”
“Enforcement”

~Amar Ma’ruf Nahi Munkar~

p/s: Nak sambut tahun baru dengan blogwalking...hope line tak buat hal...Selamat Tahun Baru 2011 buat semua!!