Follow Me on Twitter

Thursday, January 13, 2011

Apa kaitan Tengkorak Emas dengan Tentera Laut?

Tengkorak Emas. Ada yang ingat ini blog hantu. Ada yang ingat ini nama kumpulan mafia. Ada juga yang ingat ini lanun Caribbean. Part lanun tu mungkin hampir betul, lagipun aku suka siri manga dan anime One Piece.

Sebenarnya sejak kecil lagi aku suka laut dan tengok kapal. Memandangkan kampung aku di Kuching tepi Sungai Sarawak, paling kecil pun mestilah bot penumpang yang aku tengok. Dan, dulu aku pernah nak jadi tentera laut. Eh, apa kaitan ni semua haha...aku nak cerita pengalaman Selasa lepas…

Hari Selasa (110111) seawal pukul 4 pagi lagi aku sudah bertolak ke Putrajaya. Solat subuh di Masjid Putra sebelum bertolak ke IOI Resort, Putrajaya untuk menjalani sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera. Daripada 60 orang, hanya 17 orang yang hadir dan aku giliran yang ke-4.

Aku menjalani pemeriksaan berat badan, tinggi, penglihatan, pengecaman warna, tubuh badan dan gaya berjalan serta kawad. Alhamdulillah, aku lulus bahagian ini. Begitu juga 13 orang yang lain. 3 orang lagi gagal ujian penglihatan dan Body Mass Index (BMI).

Kemudian, dalam pukul 12 tengahari, kami menjalani pemeriksaan kecergasan yang dimulakan dengan lompat jauh berdiri dalam jarak 215 sentimeter. Kemudian sit-up 30 kali dalam masa 2 minit. (Masa aku 40 saat)

Dan lastly, larian 2.4 km dalam masa 14 minit (12 kali pusingan trek) Part yang ni aku memang...pergh...mungkin aku rasa tertekan dengan masa. Sebelum ni aku join larian 10 km aku tak fikir pun tentang masa. Tapi 12 pusingan tu betul-betul menduga. Aku salah percaturan apabila aku meningkatkan kelajuan lebih awal...akhirnya ‘pancit’...tapi masih berlari...masa tu aku sedar...betullah cakap si dia yang perut aku dah buncit T___T

Habis je lari...mata aku berpinar-pinar...nafas turun naik jangan cakaplah...nampak semuanya dapat menghabiskan larian. Namun, keputusan akhir untuk dipanggil temuduga adalah terletak di tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam nanti.

Jadi, andai aku berjaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan panggil temuduga pada bulan 2 nanti. Dan bila berjaya temuduga, akan dipanggil untuk melapor diri di pusat latihan untuk menjalani latihan rekrut selama 5 bulan pada bulan 6.


Bulan 6...genap setahun aku blogging. Aku masih akan cari peluang lain. Tetapi andai kata aku berjaya+lapor diri...maknanya aku perlu tinggalkan dunia blogging. 24 jam perlu di atas kapal. Berlayar di dunia realiti. Itulah sebahagian tugas Laskar II Maritim di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim.

Kaitannya dengan tentera laut? Mereka di pihak yang sama. Enforcement.

“What is more important than rule?”
“Enforcement”