Follow Me on Twitter

Friday, January 14, 2011

Are you really cool blogger?

Apa maksud di sebalik ‘cool’ ni sebenarnya ye...aku andaikan ‘cool blogger’ yang dimaksudkan adalah blogger yang sentiasa tenang dan tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi yang ditujukan terhadapnya.

Jadi bagaimana untuk menjadi blogger yang cool? Terlebih dahulu kena faham sunnatullah yang telah disebut dalam surah al-Baqarah, dari ayat 1-20, mengenai 3 golongan iaitu golongan beriman, kafir dan munafik.

Sebenarnya, al-Quran sendiri telah memberi panduan, bahwa 3 golongan ini akan sentiasa wujud, bukan sahaja dalam agama Islam, malah selagi mana wujudnya persatuan, kumpulan, institusi dan masyarakat.  Maka, secara umumnya 3 golongan tadi adalah golongan yang menyokong, menentang dan berkecuali atau lebih teruk bersikap talam dua muka.

Begitu juga ketika blogging, 3 golongan ini sentiasa wujud. Wujudnya boleh dilihat dalam ruangan komen-komen dalam entri tertentu. Memang tidak salah untuk memberikan komen, tetapi apabila ia melibatkan 3 golongan ini ruangan komen akan jadi medan perlagaan dan perdebatan yang sia-sia akibat cacian dan maki hamun.

Blogger yang cool tidak menjadikan ruangan komen medan sedemikian rupa. Sama ada dia menyokong, menentang atau berkecuali, adalah lebih baik dia bersikap profesional dengan menghasilkan satu entri yang tidak mencaci sesiapa tapi masih berkisar mengenai isu yang dibahaskan dengan makna yang tersirat.

That’s cool.

So, are you really cool blogger?

Aku nak panjangkan award yang telah diberikan Ciao Annin-sama kepada aku sebagai tanda yang aku adalah Cool Blogger ^___^ Arigatou!


Maka blogger yang cool adalah: