Follow Me on Twitter

Monday, January 31, 2011

Blogger yang terkejut

Terkejut. Satu reaksi disebabkan kejutan, sergahan atau berita yang tidak disangka. Semua orang pernah terkejut. Nak tahu di mana ramai yang terkejut? Antaranya di pawagam ketika menonton filem seram atau di malam anugerah seni hiburan yang pada kebiasaannya artis mahupun pelakon akan memberi ucapan sebegini, “Agak terkejut pada mulanya. Saya tak sangka dapat anugerah ini

Agaknya apa reaksi blogger yang terkejut? :D


Reaksi terkejut kadang-kadang menggelikan hati sesiapa yang melihatnya. Terutama bagi yang suka menyakat orang lain dengan menyergah atau menyamar sebagai hantu. Aku pernah menyakat orang lain dan pernah juga terkejut akibat disergah.

Jadi, mari teruskan membaca kisah aku, blogger yang terkejut. Kejadian ini berlaku sebelum aku bergelar blogger. Pengalaman yang pada mulanya boleh dielakkan namun atas desakan kawan maka aku pun turut serta, bakal blogger yang terkejut.

Ada yang telah memberi amaran tetapi ramai yang berkata, “belum cuba macam mana nak tau”. Jadi aku hanya menurut. Sekadar mencuba apa salahnya. Maka, rakan-rakanku yang tidak turut serta hanya memandang bot itu bergerak ke tengah laut.

Entah apa yang ditakuti. Bagi aku laut ketika itu dalam keadaan biasa. Tiada gelombang besar yang menakutkan. Dan pada waktu tu, agak tidak logik jika ada ‘benda’ yang mengganggu. Namun, aku telah diberi amaran, sesuatu akan berlaku, cuma aku tak tau bilakah masanya.

Aku memang sukakan laut. Walaupun bot laju yang menyusur deras membuatkan angin yang menerpa terasa keras dan sejuk menusuk ke tulang, fikiranku hanya melayang memerhatikan laut dan pulau-pulau sekeliling. Kalaulah tika itu aku blogger yang terkejut, pasti sudah aku titipkan saat itu di dalam blog :D

Sedang aku leka tiba-tiba...bush!!!splash!!(argh..aku tak tau apa bunyi yang sesuai)...Aku benar-benar terkejut! Tiba-tiba bot laju itu membelok dengan satu pusingan tajam dan membuatkan aku terhumban ke dalam laut. Mujurlah aku pandai berenang. Rakan-rakanku yang ikut serta turut terhumban. Saat tu air laut masin memang ‘sedap’ rasanya dalam hidung dan mulut.

Rakan-rakanku di pinggir pantai hanya menggelakkan kami. Seronok agaknya melihat kami dihumban. Cis! Tapi memang seronok rasanya pengalaman tu. Itulah pengalaman pertama aku menaiki Banana Boat di Port Dickson yang membuatkan aku, blogger yang terkejut ^____^


p/s:Terima kasih kepada bro Rohaizad yang memberikan tugasan kokurikulum buat blogger. Ini kali kedua aku melaksanakan tugasan (sebelum ini Blogger yang terdesak) :D