Follow Me on Twitter

Monday, January 17, 2011

Hard fought battle to keep unbeaten record

Penuh debaran. Banyak pula foul dan juga free kick. Mujur bahagian pertahanan melakukan tugas dengan baik terutamanya Vidic dan juga Van Der Sar. Akhirnya pertemuan Manchester United vs Tottenham Hotspur di White Hart Lane berkesudahan dengan seri 0-0.

Pertemuan yang turut melibatkan pertembungan dua Godfathers dalam Barclays Premier League, Sir Alex Ferguson dan Harry Redknapp. Tottenham Hotspur nampak agresif dan bersemangat untuk meleburkan rekod tanpa kalah United sekaligus memadam kekecewaan akibat gol kontroversi United ketika di Old Trafford dan juga mencapai kemenangan pertama mereka sejak Mei 2001.

Lebih-lebih lagi apabila United hanya bermain dengan 10 orang apabila Rafael dilayangkan kad merah. Waktu tu terus aku teringat perlawanan Manchester United vs Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara. Cuma kali ni, mereka bertahan dengan baik walaupun cuma 10 orang.

Peluang buat United untuk memenangi perlawanan dengan dramatik hadir di saat akhir tetapi tiada penyudah berkesan daripada Wayne Rooney. Sebaik wisel penamat ditiup, aku menarik nafas lega. Manchester United still unbeaten after 21 matches.


p/s:Not arrogant, just better :P