Follow Me on Twitter

Tuesday, January 25, 2011

Hentikan kitaran buli

Buli atau ragging. Satu terma yang popular di kalangan pelajar sekolah berasrama mahupun sekolah harian. Sama ada dari segi fizikal atau mental, buli berlaku di kalangan mereka. Dan tanpa kita sedari, buli juga berlaku di kalangan orang yang lebih dewasa, seperti pengguna jalan raya atau di kalangan pekerja pejabat.

Berdasarkan pengalaman aku yang pernah tinggal di asrama, konsep buli ini sebenarnya diwarisi. Berbanding kesan jangka pendek, kesan jangka panjang juga perlu diambil perhatian. Kebiasaannya, pelajar yang dibuli akan berubah menjadi pembuli apabila dia meningkat senior. Dengan alasan, mahukan pelajar junior merasai apa yang dirasakannya.

Dan selalunya pelajar yang dibuli adalah di kalangan pelajar yang annoying, dan dianggap tak menghormati senior. Jenis buli pula adalah pelbagai, termasuk buli daripada segi mental seperti sentiasa mengejek dan memperlekehkan pelajar tersebut.

Ada yang disepak terajang sesuka hati. Ada yang perlu basuh baju senior. Ada yang disuruh jadi goalkeeper hoki dan diarahkan menahan penalty stroke dalam dorm. Ada juga yang dipaksa sparring dan dijadikan bahan tontonan dan sorakan. (‘Perlawanan’ aku pernah dijadualkan, tetapi terbatal)

Pernah membuli? Apa perasaan ketika itu? Rasa hebat dan berkuasa? Seingat aku, aku jarang dibuli melainkan arahan biasa yang dimulakan dengan perkataan ‘tolong’. Dan jujurnya, bila aku menjadi senior, aku juga pernah lakukan benda yang sama. Dengan alasan hidup di asrama tiada istilah hidup dengan penuh kemanjaan.

Jadi apa kata kita lihat konsep di atas dari perspektif pembuli yang dahulunya pernah dibuli. Seriously memang ramai yang sebegitu. Contohnya, junior yang satu ketika dulu bagi aku baik tiba-tiba berubah apabila bergelar senior. Tapi bukanlah semua begitu.


Jadi, apa penyelesaian bagi kesan jangka panjang ni? Selain daripada pengawasan pihak bertanggungjawab, aku rasa kita perlu hentikan kitaran buli ni. Maksudnya orang yang dibuli perlu bertindak membantu dirinya sendiri terlebih dahulu. Tidak perlu berdiam diri jika keadaan begitu teruk. Padamkan api dendam dan rasa rendah diri serta kurang keyakinan.

Bagi anda pula?