Follow Me on Twitter

Wednesday, January 26, 2011

Ke mana hilangnya Intense Debate?

Aku buka blog dan tengok entri 13 Lencana Kesaktian. Betul-betul sakti agaknya sampaikan kotak komen Intense Debate aku hilang. Sedangkan dah ada yang komen. Tengok-tengok cuma ada 3 komen di ruangan comment box blogger.

Pelik. Kuasa sakti apakah ini. Nak marah tak dapat. Lagipun Manchester United baru je menewaskan Blackpool 3-2 walaupun pada mulanya ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama. So, rekod tanpa kalah masih dipegang Manchester United. 2 jaringan Berbatov dan Chicharito menghampakan penyokong Blackpool. Dan aku berada dalam mood yang baik.

Okay, berbalik pada Intense Debate…sejak akhir-akhir ni naik kepala betul. Aku reply komen tapi tak keluar. Ni pula hilang entah ke mana. Takkan ada orang hack kot…aku blogger biasa je..Aku update ni nak tengok ada tak Intense Debate. Kalau tak ada juga…ada sesiapa boleh bantu?