Follow Me on Twitter

Friday, January 21, 2011

Kes 25

“Puan, ini fail yang puan minta sebentar tadi”

“Terima kasih sarjan. Saya harap dengan adanya fail ini, kita boleh mengenali perwatakan dan keadaan psikologi suspek”

“Harapnya begitulah puan. Kami semua sedia menunggu arahan puan. Kali ini bukti kegiatan suspek pasti dapat diperolehi”

“Bagus. Okay, kembali buat kerja kamu”

“Baik puan”

Sarjan Shahrul beredar meninggalkan Inspektor Suri yang sedang tekun memerhatikan kandungan fail tersebut. Dahinya mula berkerut. Baginya, siasatan kes kali ini agak sukar, kerana suspek merupakan seorang yang licik dalam penyamaran dan penghapusan bukti. Mujurlah ada pemberi maklumat yang telah menyerahkan maklumat suspek. Dan kini Inspektor Suri sedang memerhatikan dengan teliti 25 perkara yang disertakan.


Nama Mohd. Hasrul Shahril.
Dikenali dengan nama samaran, Tengkorak Emas.
Suka warna merah, hitam dan emas.
Seorang yang kelihatan serius.
Suka bermain kiub Rubik.

“Ai...ganas pun suka main Rubik’s?” Inspektor Suri bermonolog.

Pernah ditugaskan menjadi hakim ketika ‘Mock Trial’.
Suka belajar sesuatu yang baru.
Salah seorang designer di RekaTee yang masih berusaha dengan design t-shirtnya.
Merupakan seorang blogger.
Mempunyai akaun Twitter.

“Blogger? Aku pun blogger juga...Twitter pun ada...bagus, pasti senang menjejakinya”

Mempunyai perwatakan yang mudah berubah.
Sukar dijangka tindakannya.
Suka menonton DVD.
Menonton semua genre filem.
Antara tempat yang suka dikunjungi adalah Speedy.
Sukakan manga dan anime One Piece.

“Eh samalah...aku pun suka anime. Oh..patutlah melanun kerjanya...sukakan One Piece” Inspektor Suri bermonolog lagi.

Sentiasa berambut pendek dan kelihatan skema.
Suka baju fit satu ketika dahulu.
Sukakan cermin mata hitam.
Penyokong Manchester United.
Lahir di Sarawak.
Bermastautin di Selangor.
Sukakan larian jarak jauh.
Sukakan bola sepak dan badminton.
Suka berenang.

“Er...kenapa semua ni tak menggambarkan seorang penjenayah pun...” Inspektor Suri dilanda kekeliruan...

p/s:Cerita hanya rekaan semata-mata selain daripada menjawab tag daripada sis Suri iaitu 25 tentang blogger ^___^ (saja jawab lagi)