Follow Me on Twitter

Tuesday, January 18, 2011

Pengalaman sebagai guru

Hari ini secara rasminya adik aku yang bongsu masuk asrama SMKA Kuala Selangor. Semua orang pakat risau. Jarang dia gosok baju sendiri. Memang dia agak liat sedikit. Yela, kalau tak mak, ada kakak-kakak dan abangnya yang membantu. Harap-harap dia belajar menguruskan kehidupannya. Belajar daripada pengalaman. Belajar hidup berdikari.

Teringat masa aku duduk asrama dulu. Aku paling suka dewan makan. Jarang aku makan di kantin sekolah. Dewan makan adalah tempat pilihan untuk ‘melantak’ dan usha-usha awek (haha...ni masa dah jadi senior dan nakal sedikit..huhu).

Dan dewan makan juga tempat aku berlatih jadi model. Berjalan dari hujung ke depan dewan bila disuruh senior untuk ambilkan mereka air. Maka aku yang nampak baik hanya menurut. Untungnya tiada siapa yang kacau aku.

Bila malam pula...mesti rasa lapar...dan aku jarang nak beli biskut. Maggi lebih menjadi pilihan. Dan aku turun ke dewan makan untuk ambil air panas (sebelum adanya mesin water cooler tu). Guna botol mineral plastik untuk ambil air panas...cubaan kali pertama...agak-agak apa yang jadi? XD


p/s:Abah aku cakap ada cikgu yang bertanya tentang aku...huhu