Follow Me on Twitter

Monday, January 24, 2011

Percaya hal ghaib yang sebenarnya

Aku sudah pun menonton Khurafat di GSC Alamanda. Boleh tahanlah keseramannya. Filem hantu pertama dan filem melayu keempat yang aku tonton di panggung. Dah jarang aku tengok cerita hantu ni. Tapi Khurafat nampak mengejutkan. Cuma apa yang aku tak berkenan adalah babak ketika firman Allah dibacakan seorang ustaz diselang-selikan dengan babak disko.

Okay, bukan nak ulas sangat pasal filem ni. Cuma aku terfikir, masih ramai yang mempercayai benda-benda khurafat ni. Ilmu hitam, perjanjian syaitan, saka, susuk dan sebagainya. Media pun berlumba-lumba nak hasilkan penerbitan yang memaparkan aktiviti khurafat ni.

Aku rasa cukuplah kita tau bahawa syaitan tak pernah berhenti menghasut manusia. Cukuplah juga kita tau tentang kewujudan jin. Tetapi di sebalik semua tu, ada lagi yang jauh lebih penting.

(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
-  Surah al-Baqarah: 3

(Aku pernah belajar tafsir al-Baqarah ketika kuliah sebelum Jumaat di masjid. Tapi aku lupa sumber tafsir tersebut. Jadi maaf. Andai selepas ini ada yang mengetahui kitab tafsir tersebut sila kongsikannya ye)

Sebenarnya, apa yang dikatakan ghaib itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat pancaindera. Soal ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan Allah, Malaikat, syurga dan neraka, serta hari akhirat. Tidak begitu bermaksud tentang percaya kewujudan jin.

Dan secara asasnya, apabila kita percaya Allah itu ada, kita pasti merasai kehadiranNya lantas tidak takut kepada selainNya apatah lagi mensyirikkanNya. Hanya kepadaNya kita memohon pertolongan.

Manakala percaya kepada hari akhirat serta balasan syurga dan neraka pasti menghalang kita daripada mendekati ilmu syaitan serta taksub kepadanya. Juga mengelakkan kita daripada asyik berbicara soal hantu dan melanggar laranganNya.

Jadi, wahai umat Islam, adakah kita sudah cukup beriman?

p/s:Aku tak nafikan ‘gangguan’ itu wujud. Cuma tak mahu asyik berbicara. Hanya pada Allah kita memohon perlindungan.