Follow Me on Twitter

Wednesday, January 5, 2011

Persahabatan yang kekal

Manchester United masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 ke atas Stoke City. Aku percaya semua kelab menanti peluang untuk meleburkan rekod itu. Memandangkan setiap kegemilangan ada saat terpadamnya, aku harap Manchester United tidak memandang rendah kemampuan kelab-kelab lain. Terutamanya ketika pertemuan menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane 15 Januari ini.

Tetapi ada sesuatu yang tidak akan terpadam sebaik dimulakan. Itulah yang dinamakan persahabatan. Sekali bersahabat, biarlah bersahabat selama-lamanya.

 Award daripada Mama JnJ dan bro LeeAneem. Terima kasih!

Beri pendapat kamu tentang blog sahabat yang tag kamu

Pada pendapat aku, blog The World of Carang kulina adalah blog peribadi yang menceritakan kisah hidup seorang ibu kepada dua anak (bakal menyambut yang ke 3) yang punya kerenah menghiburkan. Kadang-kadang menimbulkan geram juga baginya ^___^ Sabar ye kak... Mama JnJ juga ada berkongsi artworks yang merupakan hasil contengannya yang punya unsur keunikan yang tersendiri dihiasi dengan rangkap sajak. Dan menurutnya, Abah JnJ adalah seorang peminat Manchester United!

Pada pendapat aku, blog bro Rozaneem pula adalah blog peribadi seorang ayah yang berkongsi pelbagai kisah kehidupannya dan juga apa yang ingin dikongsikannya. Antaranya adalah berkenaan Manchester United kerana tuan punya blog ini adalah penyokong Manchester United. Pastinya turut merasakan debaran setiap pertemuan Manchester United.

Senaraikan sahabat-sahabat blogger lain

Seperti yang aku katakan pada awal tadi, persahabatan kekal selama-lamanya dan bertambah sentiasa.

Tak perlu rasa terbeban dengan senarai ini, sekadar menghargai anda semua :D