Follow Me on Twitter

Sunday, January 30, 2011

Southampton = Blackpool

Manchester United sekali lagi melakukan comeback untuk memenangi perlawanan pusingan keempat FA Cup ke atas Southampton dengan keputusan 1-2. United yang ketinggalan 0-1 pada separuh pertama bangkit dengan dua gol jaringan Micheal Owen dan Javier Hernandez pada separuh masa kedua.

Ya, ia tidaklah begitu dramatik berbanding comeback ke atas Blackpool dengan keputusan 2-3 tetapi ia tetap sama apabila kemenangan United telah mengecewakan penyokong-penyokong Southampton yang pada mulanya bergembira dengan jaringan awal kelab mereka.

Namun, Manchester United perlu ingat bahawa mereka bakal berdepan perlawanan yang boleh dikira mencabar pada 1 Februari ini apabila menyambut kunjungan Aston Villa di Old Trafford. Dengan rekod pertemuan BPL 11-1-0 di Old Trafford, pastinya satu prestasi yang meyakinkan buat United. Manakala seperti biasa Aston Villa pasti mahu meleburkan rekod tanpa kalah United apabila hanya sekadar seri 2-2 ketika United berkunjung ke Villa Park pada pusingan pertama BPL.

Prestasi Aston Villa apabila bertandang ke tempat lawan agak bagus apabila seri dengan Chelsea di Stamford Bridge. Manakala dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan menyaksikan keputusan seri 1-1 dengan Birmingham City dan juga menang 2-1 ke atas Wigan Athletic.

Namun, pastinya bermain di Old Trafford satu cabaran yang sukar buat mereka apabila stadium dipenuhi semangat penyokong Red Devils.

Glory Glory Manchester United

p/s: Apa cerita Red Giants kalah dengan Red Warrior? Aku nak Bujang Senang kembali!