Follow Me on Twitter

Monday, February 14, 2011

11 Rabiulawal 1432H

11 Rabiulawal 1432H. Sehari sebelum kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan sehari sebelum wafatnya baginda.

Ketika 11 Rabiulawal mejelang, baginda sedang sakit tenat. Ketika itu jugalah baginda teringat akan wang tujuh dinar yang baginda simpan. Baginda mahu wang itu disedekahkan kepada fakir miskin. Atas tujuan itu baginda berpesan kepada isteri baginda.

Namun disebabkan sibuk menjaga baginda yang sedang sakit, wang tujuh dinar itu tidak terusik. Lalu pada 11 Rabiulawal, iaitu pada tarikh hari ini, baginda bertanya kepada Siti Aisyah tentang wang tersebut. Maka Siti Aisyah memberitahu baginda bahawa wang itu masih belum disedekahkan.

Nabi Muhammad s.a.w kemudiannya meminta agar wang tujuh dinar itu diletakkan pada tapak tangannya lalu bersabda,

“Bagaimana jawab Muhammad kepada Tuhannya, andai kata dia datang mengadap Tuhannya, sedangkan ini (wang tujuh dinar) masih ada padanya?”

Wang tujuh dinar emas itu kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

Wallahualam.

p/s:Hari ini sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke 6 di Kuantan. Selamat Ulang Tahun Maritim Malaysia!Berkobar-kobar semangat aku tengok trailer Maritim!!

Sumber kisah yang diriwayatkan
Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w nukilan Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi.