Follow Me on Twitter

Monday, February 28, 2011

Blogger yang kecewa

Lagi satu tugasan kokurikulum blogger oleh bro Rohaizad, iaitu ‘Blogger yang kecewa’.

Adakah blogger ini blogger yang kecewa? Sedangkan dengan pemikiran positif sendiri mampu menghilangkan rasa kecewa. Setuju?

  • Bila keputusan ujian tidak seperti yang diharapkan…hasilnya setimpal dengan yang diusahakan maka perlu berusaha lebih keras lagi.
  • Bila cinta ditolak atau tidak berkekalan…mungkin jumpa seseorang yang lebih baik satu masa kelak.
  • Bila tidak memenangi pertandingan…mungkin belum tiba rezekinya.
  • Bila dugaan datang melanda…ia adalah cabaran yang menghidupkan jiwa.
  • Bila cemuhan dan hinaan datang menimpa…apa yang penting adalah redha Allah.
  • Bila blogger tak membalas kunjungan…mungkin dia sibuk atau jadi silent reader sahaja.


Faham tak? Dengan pemikiran positif, rasa kecewa yang cuba menjengah mungkin hadirnya tidak lama.

Tetapi, ada 3 jenis rasa kecewa yang betul-betul membuatkan aku blogger yang kecewa.

Kecewa 1


Nampak tak gambar di atas? Perhatikan tarikhnya, 14/02/2011. Sehingga ke hari inilah, kebebasan kelajuan internetku disekat. Nak update blog, nak baca entri sahabat blogger dan tengok gambar yang disertakan, semuanya seperti disekat. Nak download highlights BPL, WWE, dan tengok trailer filem terbaru…arghh..kecewa betul dengan kelajuan internet. Kenapa mesti ada limit?

Kecewa 2

Aku tahu itu tempat asing. Tetapi baunya seperti dapat dihidu olehku. Kalau aku jadi penguatkuasa KPDN, confirm anjing pengesan tak boleh cari makan. Lagipun aku gian sekali. Selalunya aku ada port sendiri tetapi kadangkala tak kira tempat. Walaupun asing dan tak dapat ‘mencuba’nya terlebih dahulu, aku tak peduli. Aku obses dan ketagih. Yang penting mahu bawa ‘benda’ tu ke rumah.

Sampai rumah, aku ‘cuba’…aku tergamam dan rasa kecewa meresap…
Cis! Penipu punya tauke! Kata gambar lawa original DVD copy!
Tiba-tiba aku rasa membazir beli dvd… +_+

Kecewa 3

Berjuang hingga ke saat akhir. Tiada istilah menyerah kalah di mana sokongan sentiasa diberikan. Keajaiban dan sedikit tuah begitu diharapkan. Sehinggalah wisel permainan ditiup dan stadium bergema dengan tepukan bergemuruh. Suasana sebegitu membuatkan aku kecewa bahkan semangat seperti terbunuh. Itulah saat ketika rekod tanpa kalah Manchester United lebur di tangan Wolves.

p/s:Aku harap 1 Mac nanti, aku bukan blogger yang kecewa apabila Manchester United menewaskan Chelsea :D
p/s2:Thanks bro Rohaizad!