Follow Me on Twitter

Friday, February 18, 2011

Blogger yang terharu

Ada yang kata muka aku kelihatan serius. Walaupun dalam keadaan normal. Gaya jalanku kadangkala lagaknya seperti samseng. Dan tutur kataku dengan rakan-rakan kadangkala seperti hendak mencari gaduh sedangkan tiada terlintas langsung.


Mungkin disebabkan nada suaraku yang garau dan garang. Sesuai sekali untuk aku nyanyikan lagu Hardcore. Nama pun Tengkorak Emas (bukan nama sebenar). Tapi takla sampai serupa dengan vokalis Cradle of Filth.

Hm..tak sangka seganas-ganas aku, aku sebenarnya sukakan benda-benda yang comel dan menarik. Lebih-lebih lagi dalam bentuk hadiah. Blogger yang terharu betul bila ada yang bagi aku…

 Fridge Magnet…untuk kapal Tengkorak Emas

Aku namakan wrist support ni Gmon  :D

 Inilah contoh kegunaannya untuk melegakan pergelangan tangan ketika bermain Counter Strike.

 Aku mau lihat Gmon bertukar Glow in the Dark malam ni…

Thanks to sis Amy aka sw33tdarling atas hadiah yang diberikan sempena kemenangan aku untuk entri kreatif giveaway pilih theme blog beliau.

Sudah dapat! :D

p/s:Aku ni kelakar gak wei..percaya tak? XD