Follow Me on Twitter

Tuesday, February 1, 2011

Doa sebagai senjata

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Dah ramai blogger yang menulis tentang isu dan krisis di Mesir. Alhamdulillah, mereka sememangnya prihatin. Penulisan di blog tu boleh aku andaikan ibarat lidah yang berkata-kata serta dibantu jari-jari yang menaip. Itu cuma pendapat aku sahaja. Teruskanlah menulis namun biarlah ia berdasarkan analisis dan kajian anda berkenaan isu terbabit supaya tidak hanya menyebarkan khabar angina.

Kepada yang tidak berkesempatan menulis, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar pelajar-pelajar Malaysia di Mesir selamat dan dilindungiNya. Sama-sama juga kita berdoa agar krisis tersebut segera ditamatkan.

Jadi, dalam hal ini aku ingin terus memohon bantuan dariNya, kerana Dialah Yang Maha Berkuasa. Kerajaan Malaysia hanyalah di kalangan manusia yang lemah serta mampu merancang. Semoga Allah memberikan kekuatan buat kerajaan Malaysia serta kita semua untuk berdepan dan menyelesaikan masalah ini. Semoga Allah membantu saudara-saudara kita di Mesir.

p/s:Maaf, belum berkesempatan blogwalking dan reply komen.