Follow Me on Twitter

Friday, February 11, 2011

Hadith ke 35 daripada 40

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali. Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.”

-       Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Pentingnya satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

Patutkah aku membelakangi saudara seagamaku pada 14 Februari kelak?

Ketakwaan itu adalah sesuatu yang tersembunyi.

Kepada yang terlibat dalam operasi dakwah dan pencegahan, biarlah niatnya untuk mencegah, bukan teruja untuk melihat maksiat dan menjatuhkan maruah orang lain. Aku tau perasaan tu, sebab aku pun pernah jadi Penguatkuasa Agama Islam.

p/s:Jangan harapkan maksiat berlaku.

11 Comments:

GematriA™ said...

Salam bro.
Aku suka entry ni. Berkait dgn vday nnt. Kita sekadar boleh menyampai pesan jak sudah. Nnt atas pendirian samada maw celebrate atau sebaliknya.
Tp manusia skrg ni bkn mudah maw dgr pendapat org lain. Mcm td aku ada kwn yg sibuk planning maw ajak awek dia p celebrate kt pulau mana enth. Tp bila aku ckp pasal hukum sambut tu aku yg kena balik. Ayat yg bikin aku sentap " kubur masing2 bro! " tp aku puas hati lepas aku sempat memesan pd dia. Aku hrp dia fikir semula apa yg aku ckp td
insyaallah.

Ismail N said...

Ngam tu bro.. setiap manusia tak lepas buat kesilapan.. Tapi janganlah sampai berhabis kita nak korek silap salahnya. Yg kantoi ajelah kita hukum.

nas said...

eh...komen dalam bentuk blogspot balik dah??
hehehe
aku pon aku xsambut 14 feb..bukan sbb xde awek.. tp jelas haram
baik sambut maulidurrasul


latest entri:

Aik,nak pergi belajar ke nak pergi fashion show??

tengkorakemas said...

@GematriA

Bro, ko tak jawab lak, "kalau kubur lu sebelah gua, terasa panas gak der" :D

@Ismail N
tula maksudnya bro, kang tak pasal2 SIS bising lak, dorang mesti suka punya cari point..

@Nas

ni yg gua rasa tension, tiba2 hilang lak intense debate ni =_= betul2 cari pasal..

ok takpe2 aku sabar :D
ha'a kan esoknya maulidur rasul

Anisa Hang Tuah said...

apsal kotak komen kali ni cam lain jee
tsk.

tengkorakemas said...

@Nis

dah baca komen nis melalui emel, komen Intense debate, tapi tak faham kenapa boleh hilang kotak tu, kena tunggu entri baru baru ada balik hu

akubiomed said...

Berpesan dengan penuh kesabaran. Walaupun kadang kala kita gagal membendungnya

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

Salam Bro Te, ko fahamkan keyrill ni, heheheh ... mencari-cari! so, x dptlah nak sambut V'Day 14 Feb nih ... hahaah! sambut seorang dirilah alamatnya kot!

Rahsia Buah Pinggang Sihat said...

Salam bro,

Sambutan valentine's day oleh sebahagian besar masyarakt Islam di Malaysia telah menunjukkan bahawa pengaruh buruk budaya Barat telah benar-benar sebati menjadi darah daging kita.

tengkorakemas said...

@akubiomed

serta tunjukkan teladan yg baik..

@Keyrill

hm, sebenarnya kami umat Islam dilarang sambut ni sebab ada unsur2 agama lain, lagipun tak nak ia mengundang maksiat

@Rahsia Buah Pinggang Sihat

pengaruh budaya berpasangan di luar batas, sedangkan ada jalan halalnya untuk berpasangan

Raji berkata said...

eh ada apa 14 Februari nanti?
btol lah xelok kita menjatuh2kan orang sesama sndri