Follow Me on Twitter

Saturday, February 26, 2011

Halls vs Woods'

Aku tengah sakit tekak sekarang. Sakit yang selalu datang bersama dua ‘sahabat’ iaitu demam dan selsema. Tetapi bila sahabatnya dah mula minta diri untuk pulang, si ‘sakit tekak’ nampaknya berdegil untuk berdamping dengan aku. Malah diajaknya ‘batuk’ datang bertandang. Amat merimaskan bersama ‘batuk’ sepanjang masa.

Jadi penyelesaiannya selain daripada minum air panas dengan harapan virus-virus mati kepanasan, gula-gula Halls dan Woods’ dibeli. InsyaAllah boleh meredakan sedikit amukan ‘batuk’.


Halls Extra Strong Candy : RM 1.20, 9 pcs, Ingredients: Sugar, Glucose Syrup, Menthol, Eucalyptus Oil, Citric Acid, potassium Citrate, Flavors, Gum Arabic.

Woods’ Extra Strong: RM 1.50, 6 pcs, Ingredients: Sugar, Glucose, Peppermint Oil, Caramel, Peppermint Verona, Menthol Crystal, Anise Oil, Anethol.

Bagi aku, Halls lebih melegakan. Bolehlah aku menonton match Wigan Athletic vs Manchester United tak lama lagi dengan tenang dan lebih fokus. Aku tiada masa nak melayan ‘batuk’. Lainlah, kalau sekali batuk sekali gol, bagus juga…