Follow Me on Twitter

Sunday, February 20, 2011

Laporan khas: Cetak Rompak

Cetak rompak satu ketika dahulu hangat dibincangkan di kalangan pihak yang terlibat dalam mencari solusi bagi menyelesaikan masalah berkenaan yang mengancam periuk nasi mereka. Tetapi kini cetak rompak dianggap satu kebiasaan apabila semakin ramai yang gemar untuk membeli hasil cetak rompak.

Sedar atau tidak sedar, aktiviti cetak rompak ini mempunyai satu kitaran lengkap yang sentiasa berputar. Sama ada perbuatan memuat turun, atau memuat naik, membeli atau menonton, kesemuanya berkait dalam satu kitaran yang mewujudkan pembekal dan penjual cetak rompak. Lebih-lebih lagi apabila harganya jauh lebih murah daripada harga asal.

Memang tidak dinafikan, hasil cetak rompak kini pada kebiasaannya mempunyai kualiti yang hampir sama dengan yang asal terutamanya pada dvd cetak rompak. Perbezaan yang jelas hanya daripada segi pembungkusan dan susunan sarikata. Namun, sebenarnya masih ada penipuan yang berlaku ke atas pembeli.

Maka, laporan khas ini dibuat bagi membongkar realiti berkenaan hasil cetak rompak seperti dvd.

Perbezaan logo (DVD 9 dts)

Logo berwarna biru menandakan dvd itu merupakan salinan dvd original, muat turun internet atau salinan master reel dari  panggung wayang. Kualiti gambar adalah 100% namun susunan sarikata tidak tepat.

Logo berwarna kelabu, oren, atau biru terang menandakan salinan itu disalin bulat-bulat dari panggung wayang atau internet. Kualiti adalah teruk dan sangat tidak memuaskan.

Logo Authorised Dealer menandakan dvd itu merupakan salinan dvd original yang lengkap dengan sarikata. Kualiti gambar adalah 100%.

Logo Hologram terdapat pada dvd original. Namun ada kes yang melibatkan pemalsuan hologram seperti hologram pada dvd GENG.

Menu DVD (jika anda berpeluang untuk mencuba)

Menu statik, pada kebiasaannya ia mungkin master copy (kualiti 90-100%), salinan wayang atau muat turun internet.

Menu interaktif yang lengkap dengan intro sebelum anda menonton filem, merupakan menu yang terdapat pada dvd original, menandakan dvd cetak rompak itu merupakan hasil salinan asal.

Perbezaan warna DVD

Silver white, sentiasa ada pada kebanyakan dvd original.

Emas, juga terdapat pada kebanyakan dvd original.

Ungu, kebanyakan ada pada dvd cetak rompak (dvd-r, walaupun salinan asal), serta agak nipis dan sensitif terhadap kesan calar.

Namun, ada juga pengusaha dvd cetak rompak yang menggunakan dvd emas bagi menjaga kualiti dvd cetak rompak mereka.

Dengan pembongkaran ini, diharapkan para pembeli dvd dapat mengetahui ciri-ciri yang terdapat pada dvd cetak rompak.

Sekian sahaja laporan khas Tengkorak Emas.

*****
127 Hours Poster

“Wei, Green Hornet dah cantik belum?”
“Belum lagi, The Tourist pun belum”
“Dengarnya 3 Mac ni filem pencalonan Anugerah Akademi ke 83, 127 Hours bakal ditayangkan”
“Ki3…kat kedai dah ada jual, original copy, ko nak ke? Aku ada stok”

p/s:Ceh...jiwa lanun dalam setiap orang