Follow Me on Twitter

Wednesday, February 23, 2011

Mampukah berdepan cabaran yang lebih besar?

Ukuran ketinggian dan berat badan serta dada
Body Mass Index
Jarak penglihatan tanpa cermin mata
Pengecaman warna
Pemeriksaan anggota badan
Gaya berkawad

Larian 2.4 km dalam 12 minit
Sit up 30 kali dalam masa 2 minit
Larian 4 x 10 m dalam masa 10 saat
Lompat jauh berdiri dalam jarak 2.15 m

*****

Mari mengenal salah satu agensi pertahanan negara iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan setelah satu kajian yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia pada April 1999.

Hasil dari kajian tersebut:
-Penguatkuasaan berkaitan maritim tidak begitu berkesan kerana terlalu banyak agensi yang terlibat.
-Berlaku konflik dan pertindihan kuasa daripada segi fungsi dan bidang tanggungjawab
-Penggunaan sumber tidak ekonomik.

APMM telah ditubuhkan dengan penubuhan satu Nukleus yang ditugaskan untuk menjalankan segala usaha yang perlu bagi mewujudkan agensi ini. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633) telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Februari 2005.

Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Memperkenalkan APMM pada 10 Oktober 2005. APMM telah memulakan operasi pada 30 November 2005. Majlis Pelancaran Rasmi APMM telah diadakan pada 21 Mac 2006 yang juga disempurnakan oleh beliau.

VISI

“Menjadi antara agensi penguatkuasaan Maritim yang terbaik di dunia”

MISI

“Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara”


*****

Kepada yang tak tau dan yang pernah baca entri INI, aku cuma nak berkongsi berita yang aku telah lulus ujian di atas. Jadi di samping untuk memudahkan proses mengingati maklumat dengan menulis semula di blog bagi proses temuduga, diharap kita dapat sama-sama mengenali agensi yang terlibat dalam mempertahankan negara.

p/s:Mampukah berdepan cabaran yang lebih besar? Aku cabar diri aku sendiri.