Follow Me on Twitter

Saturday, February 12, 2011

Manchester Derby yang penuh dramatik


“Derby means a sporting fixture between two, generally local, rivals, particularly in association football”

Akhirnya pertembungan derby yang ditunggu-tunggu  muncul kembali dalam pusingan kedua Barclays Premier League. Pertembungan antara Manchester United dengan Manchester City yang pastinya menjanjikan persaingan sengit jika berdasarkan rekod pertemuan pada musim 2009/2010.

Sejarah mungkin tidak memberikan hak untuk kita mengandaikan sesuatu secara pasti, tetapi ia selalunya membina keyakinan pada pihak yang mempunyai sejarah gemilang. Jika pada pusingan awal Manchester City hanya sekadar seri 0-0 dengan Manchester United walaupun bermain di laman sendiri, apakah nasib mereka jika bermain di Old Trafford?

Jika pada musim lepas, Manchester City dikejutkan dengan keputusan yang mengecewakan apabila tewas 4-3 kepada Manchester United di Old Trafford hasil jaringan saat akhir Micheal Owen pada minit ke 96, adakah satu lagi perlawanan penuh dramatik bakal berlangsung malam ini? (8.45 malam siaran langsung di Astro)

Mereka juga tewas 0-1 kepada Manchester United di Eastland apabila jaringan lewat Paul Scholes pada minit ke 93 menewaskan Given yang kini digantikan Joe Hart. Adakah malam ini Manchester United sekali lagi membuktikan keajaiban jaringan lewat mereka?

Maaf kepada penyokong Manchester City, walaupun kelab anda memang semakin hebat, aku mahu sesuatu yang lebih kejam. Aku mahu semangat Manchester City ‘dibunuh’ awal-awal seperti mana nasib semangat Aston Villa, Birmingham City dan juga Blackburn Rovers ketika berkunjung di Old Trafford.

“Who will be United’s hero?”

p/s:Selangor menyambut kedatangan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, juga pada pukul 8.45 malam ini dalam perlawanan Liga Super.