Follow Me on Twitter

Sunday, February 27, 2011

Manchester United: More to come

“It’s the most important period of the season and I think that if we can beat Chelsea and Liverpool then we’ll have a fantastic opportunity to win the league.” -Nani

Kemenangan 0-4 Manchester United ke atas Wigan Athletic ketika bertandang ke DW Stadium sudah dijangka oleh aku. Terima kasih kerana menggembirakan aku, walaupun aku mengharapkan 0-5. Nani sebenarnya berpeluang untuk turut berada dalam senarai penjaring (Hernandez (16’, 74’) Rooney (83’) dan Fabio (86’).

Okay, pandang ke hadapan. United berhadapan tugas sukar apabila bertandang ke Stamford Bridge menentang Chelsea pada 1 Mac 2011 dan juga ke Anfield menentang Liverpool pada 6 Mac 2011. Pastinya Van Der Sar akan sekali lagi diuji, begitu juga dengan barisan pertahanan bagi mengekang serangan tuan rumah.

“But that’s easy to say: it’s much harder to do it. Chelsea and Liverpool are fantastic teams and obviously they’re desperate to win as well. We know it won’t be easy.”

Fokus dalam pertemuan Chelsea vs Manchester United pastinya kepada Fernando Torres serta barisan serangan Manchester United. Tidak dilupakan aksi tangkas Van Der Sar dan Peter Cech yang ditagih bagi mempertahankan gawang.

Begitu juga persaingan antara Vidic dengan John Terry, iaitu siapakah yang dapat mengetuai barisan pertahanan dengan baik. Tidak dilupakan Jamie Carragher yang merupakan pertahan Liverpool bagi menahan serangan United.

Bagi melengkapkan lagi cabaran United, adalah perlawanan suku akhir Piala FA di Old Trafford apabila Manchester United menyambut kedatangan Arsenal pada 12 Mac 2011.

p/s:Ceh..tajuk dalam BI tapi aku taip dalam BM juga…ki3…