Follow Me on Twitter

Thursday, February 10, 2011

Memori bot pisang

Sekadar entri peribadi dan catatan pengalaman semasa bercuti 3 hari 2 malam di Teluk Kemang pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Percutian ibarat Hari Keluarga yang disertai  3 keluarga pakcik makcik (sebelah ayah) termasuk keluarga aku bersama nenek.

Bertolak pada pagi Khamis, sepanjang jalan ke Port Dickson penuh sesak, akhirnya kami tiba di penginapan Apartment Seri Bulan hampir pukul 4 petang. Mandi laut sakan jadinya.

Selain mandi laut dengan pelbagai gaya renang dan BBQ, semua memang teringin nak naik banana boat buat kali pertama. (kali kedua untuk aku hehe) Ada 3 harga mengikut pakej jarak perjalanan. RM10, RM15 dan RM20 dengan jarak yang berbeza dan boleh memilih sama ada ingin ‘dihumban’ atau tidak.

Memandangkan kami ramai, maka brader banana akhirnya bersetuju memberikan harga RM10 seorang dengan jarak perjalanan bernilai RM15 dengan 2 kali pusingan disebabkan ada yang tak mahu dihumban.

 Mereka tak mahu ‘dihumban’ XD

Masing-masing seronok setelah menaiki banana boat walaupun bot kehabisan minyak di tengah laut. Dan yang pasti mereka ingin menaikinya buat kali kedua. Sudah ketagih…hehe

 Orang muda yang berani :D

Hari Sabtu, ada yang menyatakan hasrat nak menaiki banana boat lagi. Kali ini tiada tawar-menawar dilakukan tetapi brader tu baik hati nak bawa kami ke pantai sebelah dan ‘humban’ kami di sana. Agak tengah laut jugalah dan time ni ada makcik aku yang hampir menangis lalu meminta untuk dinaikkan ke bot…hehe

 Aku kat belakang sekali, bahagian penyelamat hehe

Bot nak lap tajam punya

Tenggelam sekejap…

Kami ditarik ke atas banana boat semula sebelum ‘dihumban’ lagi ke laut. Kali ini agak dalam. Mujur ada jaket keselamatan. Aku pula hanya pandai berenang tapi tak tau bagaimana nak menyelamat. Jadi aku cuma tolak adik-adik aku ke tepi pantai =_= Adik-adik…korang kena belajar berenang daa…

Oh, selain banana boat ada juga donut dan kayak. Tapi tak berkesempatan pula untuk mencuba. Brader kayak dah siap bagi harga “bro, RM30 lepas tu kayak sampai pengsan” “Kalau gilir-gilir RM50 sehari” “Nak beli pun boleh, RM100”

Semua nampak puas hati dapat naik banana boat. Lagipun memang seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Family lain siap ada yang sewa tapak camping kat tepi pantai lagi..fuh…dah macam survivor series…thrill!

p/s:Dah habis ‘salin kulit’ disebabkan sunburn…hehe