Follow Me on Twitter

Thursday, February 24, 2011

Nak poligami?

Poligami, satu terma yang menarik perhatian suami dan meresahkan golongan isteri. Prinsip amnya, setiap permohonan poligami hendaklah dikemukakan dan mendapat kebenaran Mahkamah. Jika tidak, suami yang berpoligami adalah melakukan kesalahan di bawah Sekyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Aku ambil contoh Negeri Selangor) dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Tetapi bukan mudah untuk berpoligami jika tidak melepasi 4 syarat-syarat yang telah diperuntukkan dalam Seksyen 23 (5) dalam enakmen yang sama. Syarat-syarat ini hendaklah dibuktikan secara berasingan dan lulusnya satu syarat tidak bermakna syarat-syarat lain tidak diambil kira.

PATUT dan PERLU
Adakah terdapat sebarang perkara yang menunjukkan patut dan perlunya poligami tersebut? Perkara seperti keuzuran jasmani dan kemandulan serta tidak layak untuk persetubuhan akan dipertimbangkan Mahkamah.

KEMAMPUAN
Pemohon iaitu suami mempunyai kemampuan untuk menanggung isteri dan bakal isterinya serta semua yang menjadi tanggungannya. Kemampuan yang dimaksudkan adalah mengekalkan gaya hidup isteri dan bakal isteri seperti pada kebiasaannya. Sebagai contoh, jika isteri pertama sebelum ini makan 5 kali sehari, maka perkahwinan poligami itu tidak mengurangkan jumlah makannya.

KEADILAN
Keadilan daripada segi giliran bermalam dan bukanlah kasih sayang kerana untuk memberi layanan yang adil dalam soal kasih sayang adalah sukar dan agak mustahil. Layanan yang dimaksudkan juga tidak sehingga merendahkan taraf hidup sedia ada isteri dan bakal isteri.

TIADA DARAR SYARIE
Poligami itu tidak menyebabkan bahaya terhadap isteri daripada segi agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran dan maruah atau harta benda mengikut Hukum Syarak.

Bagaimana dengan persetujuan isteri? Adakah ia syarat yang perlu dipenuhi?

Tidak. Tetapi ia adalah sebahagian perkara yang ingin diketahui Mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan berpoligami.

p/s:Arghh…disebabkan Manchester United hanya sekadar seri dengan Marseille pada match Champions League awal pagi tadi…aku berfikiran serius sekarang…geram betul aku…tunggu 15 Mac pula untuk 2nd leg...