Follow Me on Twitter

Sunday, February 13, 2011

RekaTee: Zon pemikiran kreatif

Masih ingat RekaTee? Kepada yang belum tahu, RekaTee adalah laman yang menyediakan rekaan baju-t yang direka sendiri oleh pereka tempatan. Apa yang menariknya rekaan tersebut boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan sijil kelulusan di bidang grafik. Asalkan ianya kreatif, menarik dan mempunyai nilai pasaran.

RekaTee kini semakin popular. Dengan adanya laman social facebook, lebih-lebih lagi peranan media massa, populariti RekaTee semakin meningkat. Hari ini sahaja dalam sisipan akhbar Metro Ahad, terdapat bingkisan ringkas mengenai RekaTee. Kini sudah ada 250 rekaan yang bila-bila masa sahaja boleh dicetak dan dijual sekitar harga antara RM29-RM49 termasuk kos penghantaran.


Sehubungan dengan itu, persaingan sihat pastinya semakin meningkat di kalangan pereka yang memandang pemikiran kreatif dan inovatif sebagai satu keperluan penting. Alasannya? Kerana RekaTee adalah zon pemikiran kreatif!

Jadi apa tunggu lagi? Jadilah sebahagian daripada komuniti RekaTee kerana ia sangat mudah dan menarik. Sama ada anda ingin menjadi pereka atau pembeli, ia pastinya berbaloi bersama RekaTee.

Kepada sesiapa yang ingin membuat pembelian, sila apply coupon code: tengkorakemas untuk potongan harga 10%.

Jika mahu membeli baju-t rekaan Tengkorak Emas, perlu VOTE dan komen di SINI.

P/s:Hmm…perasan tak baju dalam akhbar tu? Aku ada baju tu :D


Model sukarelawan RekaTee (Aku pun nak menempek gak)
Kawasan yang telah dipromosikan melalui pergerakan model (Tanjong Karang – Kuala Selangor – Nilai – Teluk Kemang) hehe…