Follow Me on Twitter

Tuesday, February 8, 2011

Tangani sesuatu dengan hikmah

Kita tidak perlu memaksa diri untuk menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang kita boleh lakukan adalah membuka jalan penyelesaian bagi membantunya.

Jika ada yang meminta bantuan, sejauh mana kita dapat membantunya?

Latar Belakang Masalah

Sepasang suami isteri yang hidup bahagia namun masih belum dikurniakan zuriat. Kebahagiaan dirasakan tidak lengkap tanpa cahaya mata sedangkan hati amat mencemburui pasangan lain yang dihiburkan kerenah anak-anak kecil. Si suami tidak putus asa berharap dan memohon serta melakukan nazar.

Akibat tidak sabar, maka satu hari si suami bernazar jika dikurniakan seorang anak, dia akan menyembelih seekor kambing yang ekornya panjang enam jengkal.

Si isteri akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak yang comel. Tetapi kegembiraan si suami bertukar gelisah apabila memikirkan nazarnya.

Mana mau cari kambing ekor panjang enam jengkal?

Objektif

Apa yang ada dalam fikiran suami adalah kambing dengan ekor sepanjang enam jengkal. Dicarinya ke seluruh tempat namun tidak berjumpa. Lalu dicarinya pula cerdik pandai dengan harapan dapat membantu.

Sang cerdik pandai hanya menyalahkannya atas nazar yang dibuat dan berceramah panjang lebar tentang pentingnya kesabaran tanpa membuka jalan penyelesaian.

Hipotesis

Semakin rasa bersalah dan kecewa si suami atas nazar yang dibuatnya dan semakin bangga sang cerdik pandai kerana merasakan ia ‘berjaya’ membantu.

Si suami akhirnya bertemu dengan si bijaksana.

Metodologi

“Kacang je ni” kata si bijaksana. Si suami mendengar penuh harapan.

“Pulang ke rumah dan ukurlah enam jengkal dengan ukuran jengkal bayimu dan carilah kambing itu”

“Dan lain kali, berhati-hatilah ketika bernazar” Si bijaksana tersenyum memberi nasihat.

“What?” Si suami terpana. Tidak terlintas di hatinya berbuat demikian. Sudah pasti jengkal si bayi lebih pendek daripada jengkalnya.

Si suami pulang dengan hati yang riang lalu diukur jengkal bayinya. Tup tup, kambing di tepi rumahnya mempunyai ekor berukuran enam jengkal bayinya. Puas mencari pelusuk tempat walhal hanya di tepi rumah.

Kesimpulan


Itulah pentingnya hikmah yang diperolehi daripada ilmu dan kefahaman yang mendalam si bijaksana. Penyelesaian yang penuh hikmah mengikut kesesuaian keadaan dan isu berjaya membuka jalan penyelesaian buat si suami. Serta dalam masa yang sama berjaya memberi nasihat.

Cool right? ^__^

U-Turn

Sumber inspirasi
Kisah dipetik dalam buku ‘U-Turn ke Jalan Lurus’ karya Zul Ramli M. Razali, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, lalu diolah mengikut sesedap rasa kepala Tengkorak Emas. :D