Follow Me on Twitter

Monday, February 7, 2011

Wolves 'baham' Red Devils

Wolverhampton Wanderers mencatat kemenangan 2-1 ke atas Manchester United di Stadium Molineux sekaligus memadam rekod tanpa kalah Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.

Sebagai penyokong United, aku terima kekalahan ini dengan hati terbuka serta fikiran yang positif. Kekalahan ini sebagai peringatan bahawa United perlu memperbaiki corak permainan mereka di tempat lawan.

Wolves sememangnya layak menang berdasarkan persembahan mereka. Sekalipun tersentak dengan gol awal Nani, semangat mereka tidak padam. Sebelum ini mereka pernah dikecewakan dengan gol di saat akhir Javier Hernandez dan Park Ji Sung yang menyaksikan mereka tewas kepada Manchester United pada saingan Liga Carling dan pusingan pertama Liga Perdana Inggeris.

Namun kali ini, mereka layak menarik nafas lega kerana tiada comeback dan jaringan gol di saat akhir oleh Manchester United. Ditambah pula dengan sokongan penyokong yang setia membanjiri stadium.

Sayangnya rekod tanpa kalah telah terpadam. Tapi aku harap ia tak mematahkan semangat pemain untuk menyambut kunjungan Manchester City di Old Trafford pada 12 Februari ini.

Buat Sir Alex Ferguson, aku ingin nyatakan beberapa kelemahan pada perlawanan Wolves vs Manchester United, yang aku lihat dari sudut perspektif melalui Stadium Astro (kelebihannya aku boleh lihat hampir keseluruhan padang dari atas)

  • Clearance yang tidak jelas
  • Hantaran bola tidak tepat
  • Kurang persefahaman antara pemain
  • Bahagian tengah tidak berfungsi
  • Hantaran lintang yang mudah dibaca arah tujunya
  • Terjahan yang hanya menyebabkan United kehilangan masa permainan
  • Pemain nampak tertekan
  • Marking yang kurang jelas ketika lawan mengatur set pieces


p/s:Sasaran baru: Trofi Liga Perdana Inggeris, rekod tanpa kalah dalam pusingan Piala FA dan Liga Juara-Juara.