Follow Me on Twitter

Friday, February 11, 2011

Worms Armageddon = Angry Birds

Worms Armageddon. Game strategi peperangan yang melibatkan cacing-cacing yang comel namun berubah menjadi hebat dengan senjata-senjata perang. Game yang mula memikat hati aku sejak zaman Windows ME lagi.

worms

Tapi sejak munculnya Windows XP, game Worms Armageddon ini tidak dapat dimainkan. Walau sudah banyak forum thread yang cuba memberikan penyelesaian, masih juga belum berhasil. Segala update dan patch sudah ku cuba, tapi Worms Armageddon hanya tinggal kenangan.

Baru-baru ini hatiku terpaut lagi. Aku bertemu game seakan-akan Worms Armageddon. Sebelum ini aku pernah mendengar tentangnya, tetapi tiada akses ke Facebook menyebabkan aku tidak begitu ghairah mencarinya.

angry birds menu

Angry Birds Free Download for PC. Ya, burung yang marah yang mengujakan. Konsepnya lebih kurang sama membuatkan aku menyahut cabaran level-level dalam game ni. Menunya lebih simple dan juga menarik. Seseorang perlu berfikir di luar kotak (walaupun tidak berada dalam kotak) untuk menyelesaikan setiap level.

Siapa yang pernah main Worms Armageddon mesti dapat tau persamaannya dengan Angry Birds.

Burung Merah (Kamikaze Birds) – Fungsinya sama seperti Bazooka.
Burung Biru kecil – Fungsinya sama seperti Mortar Grenade / Banana Bomb
Burung Kuning – Ability sama seperti Homing Pigeon.
Burung Hitam gemuk – Ability sama seperti Holy Grenade
Burung Putih Telur – Fungsinya sama seperti Air Strike

Memang sama. Bezanya cuma si burung yang marah tidak berperang sesama burung tetapi dengan si pig. Juga tidak dapat dimainkan secara multiplayer seperti Worms Armageddon.



Konsep juga sama.Contohnya guna satu batu hapuskan banyak musuh. Juga ada banyak level. Dan aku sekarang sudah memasuki Episod 2 (Mighty Hoax).

p/s:Meronta-ronta untuk menulis entri ini. Jiwa sebagai gamer masih ada walaupun sudah tidak berapa tegar seperti dahulu.
p/s:Thanks to bro Loqman Karim atas entrinya mengenai Angry Birds for PC.