Follow Me on Twitter

Tuesday, March 8, 2011

4 jenis pemimpin

Aku terbaca sesuatu di Majalah SOLUSI #27 (ms 3) yang boleh dikongsikan dan dijadikan peringatan buat Amir iaitu pemerintah/pemimpin.

Seperti yang dikatakan Umar r.a, Amir itu ada 4 jenis. Hal ini ada disebut dalam surat yang ditulis oleh Imam al-Auza’I kepada Khalifah al-Mansur, pemerintah Abbasiyyah.

  • Amir yang kuat yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya. Ia seperti mujahid (orang yang berjihad)
  • Amir yang kuat yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. Ia ibarat berada di tepi jurang kebinasaaan kecuali Allah menurunkan rahmat ke atasnya.
  • Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya tetapi membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia berada dalam keadaan yang membahayakan.
  • Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsu. Mereka kesemuanya akan binasa.


Buat para pemimpin, sama ada kerajaan, institusi keluarga dan masyarakat, juga diri sendiri, awasilah jenis-jenis ini.

p/s: Kenapa hanya menganggap politik itu kotor, tetapi tiada yang mahu membersihkannya?