Follow Me on Twitter

Thursday, March 24, 2011

Berikan mereka sebab

Rasanya memang sudah terlewat jika aku ingin mengulas tentang perlawanan Manchester United vs Bolton pada Sabtu lepas. Tapi sebagai penyokong Manchester United, aku tak pernah jemu berbicara mengenainya.

Perlawanan tersebut diakhiri dengan kemenangan Manchester United 1-0 hasil jaringan lewat Dimitar Berbatov. Tiga mata penuh buat United sekalipun mereka bermain dengan 10 orang setelah Johny Evans dibuang padang.

Okay, fokus aku adalah sikap yang ditunjukkan pemain. Mereka belum berputus asa dan bertekad untuk menang. Ditambah lagi dengan sokongan penyokong di Old Trafford. Kepercayaan sesama pemain juga membuatkan mereka terus berusaha untuk mencapai kemenangan.

“That’s what Champion made of”

Lebih kurang begitulah yang pengulas BPL cakap. Tapi persoalannya, bagaimana kalau bukan di Old Trafford? Seperti di Stamford Bridge dan Anfield? Dan tak lama lagi di Emirates? Ada benarnya juga pendapat yang mengatakan Manchester United kekurangan personaliti dan ketua.

Manchester United perlukan ketua yang boleh membangkitkan semangat juang pemain, walau di mana sahaja mereka bermain. Ketua yang boleh membimbing sikap pemain ketika berada dalam keadaan yang sukar. Ini bagi mengelakkan sebarang peluang bagi pihak lawan. (Contohnya sepakan percuma akibat terjahan keras.)

Bagi aku, semua kelab mahu menewaskan Manchester United. Mereka bermain bersungguh-sungguh terutamanya di tempat sendiri. Kadangkala kelab bawahan pun boleh mempamerkan aksi bertenaga. Bagi mereka mengalahkan Chelsea, Arsenal dan Liverpool pastinya mengujakan. Tapi mengalahkan Manchester United adalah lebih mengujakan.

Selepas ini, dalam waktu terdekat, Manchester United bakal berdepan 2 perlawanan di tempat lawan. Dan aku harapkan mereka dapat bermain dengan lebih baik dan terus memberikan sebab kepada semua kelab untuk menewaskan Manchester United.

2 April – West Ham United (BPL)
6 April – Chelsea (Suku Akhir Pertama Liga Juara-Juara)