Follow Me on Twitter

Friday, March 18, 2011

Buat peringatan dan muhasabah diri

“Wahai anak Adam, sekiranya engkau mengingini rahmat-Ku, maka tetaplah dalam mentaati-Ku. Sekiranya engkau takut dengan azab-Ku, maka jauhilah daripada berbuat maksiat kepada-Ku. Wahai anak Adam, apabila datang kepadamu dunia, maka ingatlah akan kematian.

Apabila terlintas untuk melakukan dosa, maka ingatlah akan taubat. Apabila engkau telah berusaha untuk harta, maka ingatlah akan hari hisab. Apabila engkau duduk di hadapan makanan, maka ingatlah orang yang lapar. Apabila engkau merasa kuat berbanding dengan orang yang lemah, maka ingatlah kudrat Allah ke atas dirimu. Kerana jika Allah kehendaki, nescaya Allah jadikan ia akan menguasai atas dirimu.

Apabila turun bala ke atasmu, maka mintalah pertolongan dengan La hawla wala quwwata illa billah.

Apabila engkau sakit maka ubatilah dirimu dengan sedekah. Dan apabila engkau ditimpa musibah maka ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

p/s:Malam ini sekeluarga bermalam di hospital...adik pula temankan nenek tidur di wad. Dalam pukul 10.30 malam nanti gerak...