Follow Me on Twitter

Wednesday, March 23, 2011

Chasing dream

“Ujian fizikal sudah ku lepasi
kini tiba hari yang dinanti”

23 Mac 2011

Rambut sudah dipotong pendek. Misai dan janggut sudah dicukur. Lengkap bertali leher dan bertali pinggang. Kemas juga nampaknya walaupun tak sekemas ketika aku mengambil peranan hakim ‘mock trial’..hehe..

Langkah penuh yakin diatur. Gula-gula Halls dibawa buat penghilang gementar. Bertolak seawal 4.30 pagi. Dan kini, ketika entri ini dipublish, aku sudah pasti berada di perkarangan bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. InsyaAllah.

Pertama kali jejak ke sana, itu yang meresahkan. Selalu hanya pergi Alamanda. Oh, itu cerita lain.

Baiklah, jika sebelum ini aku pernah menjalani ujian fizikal kelolaan Pegawai Maritim, kali ini aku akan menjalani temuduga lisan, yang dipengerusikan Pegawai SPA. Doakan aku berjaya wahai sahabat-sahabat blogger.

p/s: Sahabat-sahabat blogger bila gementar buat apa?he