Follow Me on Twitter

Thursday, March 17, 2011

Cheetah vs Cheetarito

Cheetah

Spesies ‘kucing besar’ ini (kebanyakan ada di Timur dan Selatan Afrika) amat dikagumi daripada segi kelajuannya. Betapa hebatnya makhluk ciptaan Allah ini. Ini boleh dilihat melalui ciptaan tubuh Cheetah yang sememangnya digunakan untuk kelajuan larian yang tinggi. Subhanallah.

Cheetah

Berdasarkan apa yang aku baca dalam buku “Discovering Wildlife”, setiap bahagian tubuh Cheetah adalah dicipta sesuai dengan kelebihannya. Jantungnya, paru-paru, hati malah laluan rongga hidungnya yang besar bagi tujuan pengambilan udara dan tenaga maksimum.

Kepalanya yang kecil bertindak mengurangkan rintangan angin. Manakala kuku (non-retractable claw) dan tapak kakinya membantu cengkaman kuat ke atas tanah ketika dalam kelajuan yang tinggi. Kaki hadapannya juga boleh dipanjangkan bagi meningkatkan kelajuan.

Apa guna laju jika tiada keseimbangan?

Untuk tujuan itu, ekornya (boleh mencecah 60cm panjang) berfungsi sebagai pengimbang dan kemudi yang memesongkan angin bagi pusingan tajam ketika Cheetah mengejar mangsanya.

Cheetarito

Sengaja aku gelarkannya dengan nama tersebut. Mungkin disebabkan kelebihan dan potensi dirinya yang boleh berlari laju dan melepasi perangkap ofsaid pihak lawan. Bermula daripada pemain simpanan yang memberi impak, kini dia bermain di kesebelasan utama kelab Manchester United.

Chicharito

Dua gol jaringannya membantu Manchester United menewaskan Marseille 2-1 seterusnya layak ke kelompok 8 pasukan terakhir Liga Juara-Juara (Glory Glory Manchester United :D). Sebelum ini pun dia turut menjaringkan gol dan kebanyakan golnya melepasi perangkap ofsaid.

Cheetarito atau nama sebenarnya Javier Hernandez aka Chicharito (bro Fyzal dan ATA memang minat ni) pastinya terus menyerlah selepas ini sekiranya aksi dan kelajuannya berjaya menewaskan pemain lawan. Dan yang nyata, ia makhluk ciptaan Allah yang turut diberikan peluang untuk menonjolkan kelebihan diri.

p/s:Baru balik dari kampung, melawat nenek aku masuk wad...semoga dia cepat sembuh...insyaAllah