Follow Me on Twitter

Saturday, March 5, 2011

Clash

Oh ini bukan cerita pasal clash awek okay…Ini tentang clash (pertembungan) dua pengurus, Kenny Dalglish dan Alex Ferguson di mana hujung minggu ini merupakan satu lagi episod getir bagi Manchester United apabila bertandang ke Anfield menentang Liverpool.


Adakah Ismail N, Fyzal, DonnyATA, Keyrill, RozaneemRaji, FitriHadi dan Tengkorak Emas bakal tersenyum gembira? Atau ia hari yang mengembirakan buat Hadi Rofiee?

Perlawanan itu bakal mengimbas kembali memori pertembungan Kenny Dalglish dengan Alex Ferguson ketika Manchester United seri 3-3 dengan Liverpool di Anfield pada tahun 1988. Tahun itu menyaksikan Liverpool merangkul kejuaraan liga yang ke 17 pada musim itu sedangkan United masih setakat 7 kejuaraan. Laporan penuh di SINI.

Walau apa pun keputusannya, yang lebih penting adalah kritikan terhadap prestasi pemain, sistem pengadilan dan analisis corak permainan. Oleh yang demikian, persahabatan antara blogger kekal terjaga.

Tetapi, sekadar memanaskan suasana sebelum perlawanan…Hadi Rofiee…kalau pemain ini membuat kemunculan, maaf…Liverpool memang tidak berpeluang :P






Manchester United’s ‘secret weapon’ XD