Follow Me on Twitter

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011: Tak nak padam lampu, boleh?

Sempena Earth Hour 2011 pada malam ini, 8.30 – 9.30 malam, dah ramai yang mula berkempen.

Bro Anif (dah lama berkempen): Earth Hour 2011-Mari sokong kempen ini
Bro Ismail N (taktik kempen): Earth Hour 2011!
Bro ER (bukan tutup lampu sahaja): Relevankah kempen Earth Hour?
Raji (Bila si Bunny Raji ingat Earth Hour): Hari Bumi

Kena padamkan lampu selama 1 jam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Kalau aku tak nak?

Bagi aku, Earth Hour adalah sebagai lambang signifikan bahawa kita prihatin dan cintakan bumi serta menjaga alam sekitarnya.Tutup lampu sebagai tanda kita menyokong usaha yang dibuat. Tetapi bukan untuk malam ni sahaja. Kita sebenarnya perlu mencintai bumi setiap masa.

Kalau aku tak padam lampu, apa tanggapan orang?

# Aku tak merokok.


# Okay, aku tau asap motor TZM seperti menyerupai kebakaran. Motor dua lejang memang pembakaran bahan apinya tak lengkap. Tapi aku selalu naik kancil sekarang.

# Aku alert perubahan paksi bumi. Hari mungkin jadi lebih pendek.


# Bila aku masak air menggunakan cerek eletrik, aku masukkan air yang dimasak ke dalam termos, supaya aku tak perlu berulang kali memasak air.

# Bila aku gosok baju, aku gosok sekali baju-baju untuk hari mendatang. Aku tak perlu gosok berulang kali lagi.

# Aku jarang mengeluh bila panas. Aircond ada ke tiada aku tak peduli.

# Aku paling rajin siram pokok bunga dalam keluarga. Hijau mata memandang dan kalau nak makan ulam pun aku tinggal petik sahaja.


# Mana sampah yang boleh dikitar semula, aku kumpul dan jual. Contoh suratkhabar dan tin minuman. Aku boleh buat magik lagi dengan tin minuman tu. Buang merata-rata? Jauh sekali.


Jadi, nak persoalkan aku ke kalau tak padam lampu masa Earth Hour?

*****

Hehe…aku boleh je padam lampu malam ni. Tapi televisyen memang aku tak padam. Pukul 7.50 malam ni di Astro Arena saluran 801, ada siaran langsung Harimau Malaya menentang kelab Liga Singapura, Etoile FC. (thanks to bro AkuLinglung for info)

Harimau  Malaya beb, takkan nak miss? :D