Follow Me on Twitter

Monday, March 28, 2011

Fakta Rubik

Tahukah anda?

Kiub Rubik direka pada tahun 1974 oleh Erno Rubik.

Erno Rubik merupakan pensyarah Rekaan Hiasan Dalaman yang ingin mengajar anak muridnya seni 3D melalui Kiub Rubik.

Kiub itu pada asalnya dipanggil ‘Magic Cube’.

Kiub ini pernah memenangi anugerah ‘Game of the Year’ di Jerman pada tahun 1980.

Kiub Rubik yang popular adalah kiub bersaiz 3x3x3.

Terdapat banyak jenis kiub yang boleh dimainkan. Antaranya Pyraminx.

Terdapat 43 quintillion kemungkinan untuk menyelesaikan Kiub Rubik.

Yuhan Shi dari China antara yang termuda menyelesaikan Kiub Rubik ketika berusia 3 tahun, dengan catatan masa 2 minit 41 saat.

Egon Micheelsen dari Denmark adalah yang tertua menyelesaikan Kiub Rubik ketika berusia 90 tahun, dengan catatan masa 5 minit 52 saat.

Rekod terbaru dipegang Feliks Zemdegs dari Australia dengan catatan masa 6.65 saat.

Manakala Rekod terbaru Pyraminx dipegang Oscar Roth Andersen dari Denmark dengan catatan masa 2.40 saat.

World Rubik's Cube Championship 2011 akan diadakan pada 14-16 Oktober 2011 di Bangkok, Thailand

Rubik's Cube

Tahukah juga anda?

Tengkorak Emas mengambil masa purata 30 saat untuk menyelesaikan Kiub Rubik 3x3x3 dan purata 10 saat untuk menyelesaikan Pyraminx.

Namun, apabila kurang latihan, purata masa bertambah melebihi 1 minit.

Yup, PRACTISE MAKES PERFECT.

p/s: So, don’t forget to practise in whatever you do.