Follow Me on Twitter

Thursday, March 10, 2011

Fungsi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


1.        Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
2.        Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.
3.        Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.
4.        Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
5.        Menjalankan pengawasan udara dan pantai.
6.        Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.
7.        Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.
8.        Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang berkaitan dengannya.
9.        Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.
10.      Mencegah dan menyekat aktiviti lanun serta mencegah dan menyekat pengedaran dadah narkotik di lautan lepas.
11.      Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau perang.


Blog juga ibarat buku nota bagi aku. Memandangkan ia satu laman yang akan aku buka setiap hari jika punya kesempatan. Jadi diharap aku boleh memahami dan mengingati maklumat dengan baik. Dan kepada para pembaca sekalian, anggaplah ini sebagai pengetahuan am buat anda.