Follow Me on Twitter

Monday, March 28, 2011

Gelaran ahli Hadith

Okay, jangan terkejut. Mari belajar ilmu hadith bersama Tengkorak Emas. Ilmu yang diperolehi sepanjang belajar Ulum al-Hadith bersama Ustaz Mohd Hafidz bin Soroni berpandukan kitab susunannya bersama pensyarah lain. Syukran ya Ustaz.

Gelaran bagi Ahli Hadith

al-Musnad

Seseorang yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya (rantaian perawi), sama ada dia tahu akannya atau sekadar meriwayatkan.

al-Muhaddith

Seseorang yang menyibukkan diri dengan ilmu riwayat hadith, mengetahui banyak perawi berserta keadaan perawi dan sanad, serta menghafal kebanyakan jumlah matan (teks hadith).

al-Mufid

Memenuhi syarat-syarat Muhaddith, serta boleh memberi faedah kepada sesiapa yang menghadiri majlis ilmu, apabila dia menyampaikan apa yang tidak didengar, memberikan kefahaman kepada mereka yang tidak faham, tahu peringkat sanad, serta kecacatannya.

al-Hafiz

Seseorang yang menghafal matan-matan, tidak kurang daripada 20 ribu hadis berserta sanadnya, tahu kesahihan dan peringkat keadaan perawi sehingga yang tidak diketahui adalah sedikit berbanding yang diketahui.

Berlandaskan ini, sesiapa yang bergelar al-Hafiz setelah menghafal al-Quran, gelarannya tidak lengkap melainkan dia memenuhi syarat-syarat di atas.

Amirul Mukminin Fil hadith

Peringkat tertinggi di mana ia melebihi hafazan dan ketelitian dalam ilmu hadith dan kecacatan dalam ilmu hadith serta menjadi rujukan buat yang lain.

p/s: Amacam? Tak perlu tunggu nak jadi ustaz untuk hafal hadith (asalkan ada bimbingan) Mulakan dengan hadith 40. ^__^