Follow Me on Twitter

Tuesday, March 29, 2011

Jose Mourinho, new successor?

Entri ini sebenarnya sekadar menyokong artikel yang ditulis Paul Hince, bekas pemain sayap Manchester City, berkenaan niat Jose Mourinho yang ingin kembali menguruskan kelab Liga Perdana Inggeris, dan lebih khusus lagi, Manchester United.

Aku menyokong pendapatnya yang mengatakan Jose Mourinho tidak sesuai menggantikan Sir Alex Ferguson. Sekalipun dia yang digelar ‘The Special One’ merupakan pengurus yang cemerlang di mana-mana kelab yang diuruskannya, seperti Porto, Chelsea dan Inter Milan, sasaran kejayaan jangka pendeknya tidak sesuai untuk Manchester United.

“I’ve come here not to rebuild a team but to rebuild a club.” – Alex Ferguson

Kata-kata tersebut diucapkan Sir Alex ketika sidang media pada awal kehadirannya di Old Trafford dan Manchester United sedang bergelut untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama.


Dan pada musim 1992-93, Manchester United akhirnya memenangi kejuaraan pertama Juara Liga Perdana (Premier League – Sebelumnya Football League First Divison – 1892-1992). Dan Sir Alex kemudiannya berjaya membawa Manchester United memenangi 35 Trofi Kejuaraan dalam pelbagai pertandingan hingga kini.

Jadi, kepada sesiapa yang berharap Jose Mourinho akan menjadi ‘next Sir Alex’, mungkin ianya tidak menjadi kenyataan. Ini kerana Jose Mourinho meletakkan sasaran jangka pendek berbanding Sir Alex yang melihat kejayaan jangka panjang apabila sering meletakkan kepercayaan kepada pemain muda untuk memperlihatkan potensi.

“One is a marathon runner, the other a sprinter”

Jika Jose Mourinho ingin menggantikan Sir Alex, pihak pengurusan dikatakan mahukannya berada dalam satu tempoh masa yang lama. Ya, Jose Mourinho sememangnya boleh membawa kejayaan buat United kerana kebolehannya membina pasukan.

Tetapi, jika Jose Mourinho meninggalkan United pada masa akan datang, adakah Manchester United akan sama seperti mana ia dibina Sir Alex Ferguson?