Follow Me on Twitter

Tuesday, March 15, 2011

Lead by example - Mike Tyson

“Islam telah banyak mengubah hidup saya. Terdapat banyak keindahan dalam Islam, banyak yang menarik hendak diceritakan tetapi apabila kita melihat realiti hidup kita adalah ciptaan Tuhan dan saya bersyukur memilih jalan Islam.”

Petikan temubual yang aku baca dalam ruangan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas. Temubual tersebut adalah antara wartawan Mingguan Malaysia Hafizahril Hamid dengan Mike Tyson, legenda tinju yang pernah mencetuskan kontroversi dengan aksi ‘gigit telinga’ satu ketika dahulu.

Mike Tyson

Siapa sangka, Mike Tyson dengan imej ‘budak jahat’ nya kini sudah bergelar Muslim. Malah dia mengaku Islam telah membawa perubahan ke dalam hidupnya serta menjadikan dia lebih kuat dan yakin.

“Saya perlu berusaha kerana tidak ada perkara yang percuma di dunia ini. Itu telah saya lakukan sejak sekian lama, cumanya saya berasa semakin kuat dan yakin sekarang. Saya percaya hidup perlu berdasarkan kepimpinan melalui tauladan.”

Mike Tyson sendiri menyatakan tentang pimpinan melalui tauladan. Suatu prinsip asas yang dinyatakan oleh saudara baru kita. Kalau dia ingin mempraktikkan sesuatu yang sudah sekian lama diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w, kenapa tidak kita?

Kenapa tidak pemimpin negara, institusi, mahupun persatuan menjadikannya sebagai prinsip asas dalam pimpinan? Kenapa tidak kita sebagai pemimpin keluarga, adik-beradik dan rakan sebaya mempraktikkannya? Kenapa tidak kita sebagai pemimpin diri sendiri mempraktikkannya?

“Mungkin saya boleh kata, kita menjadi tua dalam tempoh yang singkat tetapi menjadi bijak agak lewat.”