Follow Me on Twitter

Tuesday, March 22, 2011

Leverage musim baru di AXN

Esok keputusan SPM 2010 bakal diumumkan. Semoga terdapat peningkatan bilangan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang. Ada seorang sepupu aku di Sarawak yang bakal menerima keputusan SPM. Semoga dia dapat keputusan yang cemerlang.

Okay, sebelum aku tahu keputusan SPM bakal diumumkan, sebenarnya tarikh 23 Mac 2011 memang dinantikan. Ada dua perkara. Salah satunya adalah tayangan siri Leverage musim baru di AXN!  Ada sesiapa tahu? Dah berkali-kali aku tengok iklan promo ‘Best Con Awards’ yang diulang tayang di AXN.


Leverage mengisahkan sekumpulan watak yang membantu orang-orang yang teraniaya di mana hak mereka, maruah, reputasi atau harta akan dikembalikan. Kumpulan yang diketuai Nathan Ford sebagai ‘tok dalang’ begitu bijak dalam menyelesaikan setiap kes dengan menggunakan teknik penyamaran dan penipuan demi mendapatkan semula apa-apa untuk klien mereka yang dianiayai individu atau syarikat tertentu.

Nathan Ford

Jika dilihat melalui iklan promo, Nathan Ford yang dipanggil Nate memenangi ‘Mastermind Award’. Bertindak selaku ketua yang merancang strategi dan jalan cerita untuk menyelesaikan kes dan membantu klien.

Eliot Spencer

Memenangi ‘Gateaway Award’. Bertindak sebagai ‘kaki pukul’ atau clearance apabila keadaan memaksa. Paling kuat dalam kumpulan.

Alec Hardison

Anugerah Khas Juri ‘Superb Con Tehcnical Achievements’. Peminat gajet dan hacker yang memanipulasi data bagi kumpulan. Setiap maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari, daripada maklumat peribadi, kewangan, sekuriti hinggalah blueprint bangunan.

Sophie Devereaux

Memenangi anugerah (dalam iklan promo) ‘Most Outstanding Performances in Multiple Leading Con Role’. Seorang yang bijak menyamar dan melakonkan apa jua watak dan peranan yang diperlukan bagi menyelesaikan kes.

Parker

Best Thief of all Trade’. Pencuri yang memiliki kemahiran akrobatik. Sering diarahkan untuk mencuri sesuatu barang atau fail dan menyeluk saku. Peranan yang paling tidak digemarinya bila terpaksa memanjat bangunan dan memasuki terowong udara.

Leverage musim baru boleh ditonton di saluran 701 Astro AXN bermula 23 Mac 2011, dari Selasa-Khamis.

p/s: Tapi sebenarnya, matlamat tak menghalalkan cara...