Follow Me on Twitter

Wednesday, March 2, 2011

Manusia itu pelupa

Sifat pelupa itu adalah sifat lumrah bagi manusia. Disebabkan itulah bagi orang Islam, ada kesalahan yang diangkat apabila kita terlupa.

Daripada lbnu 'Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan

Kita mungkin boleh menjadi seseorang yang kuat ingatannya, namun kita hanya manusia yang lemah serta mahkluk ciptaan Allah yang jauh Maha Berkuasa.

Maka dengan itu kadang kala ada yang lupa perkara yang remeh temeh. Seperti lupa untuk mencuci kereta, berjumpa teman dan sebagainya. Ada juga yang lupa kepada sesuatu sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain, seperti lupa menghantar tugasan serta temujanji bersama klien, atau lupa di mana letaknya kunci kereta.

Ada pula lupa yang berkaitan dengan emosi, di mana lupa akan dirinya yang pernah ditinggalkan kekasih, dianiayai teman rapat, ditipu atau kehilangan orang yang tersayang. Lupa yang dimaksudkan itu tidaklah lupa selama-lamanya tetapi membantu diri untuk tidak mengungkit peristiwa silam dan meneruskan perjuangan hidup.

Namun, di sebalik sifat lupa itu, ada sifat lupa yang tidak disedari tetapi begitu berbahaya. Antaranya adalah lupa untuk menunaikan solat di awal waktu, membayar zakat atau lupa kepada jasa ibu bapa. Dan yang paling menakutkan apabila ada yang melupakan tuhan lalu meminta pertolongan selain daripadaNya ketika dilanda kesusahan. Sifat lupa ini mestilah dielakkan sama sekali.

p/s:Aku harap…dapat melupakan kekalahan Manchester United tatkala Chelsea rebah di Old Trafford kelak…buat masa ini…aku blogger yang kecewa…ini entri terakhir…untuk hari ini…