Follow Me on Twitter

Monday, March 21, 2011

Mini Showroom - Ferrari F430, Ferrari 360 Spider

Dah lama rasanya aku tak buka showroom. Nampaknya kena dapatkan model-model baru di pasaran. Ya, Tengkorak Emas agak kebudak-budakan di situ. Mungkin sebab ‘membalas dendam’ atas kehilangan model-model kereta aku sewaktu kecil dahulu.

Sebenarnya aku lebih memfokuskan kepada model-model die-cast superbike, tapi aku teringat bahawa aku juga mempunyai model kereta yang diberikan kawan semasa dia bekerja di Shell. Kereta koleksi Shell tu…ingat tak? Aku dapat model Ferrari F430 dan Ferrari 360 Spider.

Rasanya anda semua boleh bayangkan harga model sebenar kereta ni. Aku cuma pernah nampak Ferrari F430 depan mata. Ferrari 360 macam jarang orang pakai. Di bawah adalah fakta yang aku cedok di Wikipedia.

Ferrari F430

Keluaran : 2004-2009
Pemasangan : Maranello, Italy
Model sebelum : Ferrari 360
Model seterusnya : Ferrari 458 Italia
Enjin : 4.3 L V8
Transmisi : 6 kelajuan manual

Pandangan sisi
Pandangan belakang
'Killer'

Ferrari 360 Spider

Keluaran : 1999-2005
Pemasangan : Maranello, Italy
Model sebelum : Ferrari F355
Model seterusnya : Ferrari F430
Enjin : 3.6 L V8
Transmisi : 6 kelajuan manual

Pandangan sisi
Pandangan belakang
'Killer'

Selalunya model-model die-cast aku simpan dan hanya sekadar display, tapi model kereta ni special. Letak atas jalan, tarik ke belakang, lepaskan dan kereta tu bergerak :D