Follow Me on Twitter

Friday, March 25, 2011

Nilai 4 orang pahlawan Islam

Amru bin al-Ass pernah memimpin tenteranya seramai 8000 orang berdepan dengan tentera Rom Timur di Mesir ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab.

Khalifah Umar bin al-Khattab dengan segera menghantar tentera bantuan seramai 4000 orang serta menuliskan sepucuk surat kepada Amru bin al-Ass.

Antara isi suratnya,

“Saya kirimkan kepada engkau seramai 4000 orang askar, yang di dalamnya ada empat orang iaitu az-Zubair bin al-Awwam, Muhammad bin Muslamah, Miqdad bin al-Aswad dan Maslamah bin Mukhallad, yang setiap seorang daripada mereka mempunyai nilai dan aspek kehandalannya adalah sama taraf atau kehandalan dengan 1000 orang askar yang lain.”

p/s: Diolah dari Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w nukilan Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi. Tak sabar aku nak jadi sebahagian 'frontline' dalam pertahanan negara...