Follow Me on Twitter

Tuesday, March 1, 2011

Pertembungan dua warna tradisi

Biru bertemu merah, seperti di gelanggang tinju.


Hadi Rofiee di atas pagar, dengan sabar memerhati.

The Blues bertemu Red Devils.

Chelsea vs Manchester United di Stamford Bridge.

Sebelum pertemuan ini, pelbagai isu timbul:

Wayne Rooney, baru sahaja terlepas daripada hukuman setelah didapati menyiku pemain Wigan, James McCarthy. Pastinya dia berasa lega dan mampu melonjakkan prestasinya.

Ashley Cole, didakwa menyebabkan kecederaan setelah tertembak salah seorang pelajar praktikal ketika sesi latihan. Dia dikecam kerana membawa senjata ke sesi latihan. Adakah menjejaskan prestasinya?

Didier Drogba kekal diletakkan Ancelotti di bangku simpanan dan Fernando Torres terlebih dahulu digandingkan dengan Nicholas Anelka.

Vidic, dikhabarkan media bakal berdepan trauma apabila cuba menghalang Torres, musuh ketatnya. Adakah calon ‘Player of the Year’ ini berjaya melaksanakan tugasnya?

Hernandez / Chicharito / Cheetahrito dikagumi Roberto Martinez, pengurus Wigan dengan kelajuan dan kepantasannya terutama ketika melepasi perangkap ofsaid.

Prestasi cemerlang Van Der Sar ketika menentang Wigan dipuji ketika khidmatnya kian menghampiri penghujung. Pastinya genggaman trofi diimpikan di saat persaraannya.

Luiz, pertahanan baru Chelsea mengatakan bahawa dia amat mengagumi Patrice Evra malah sering melihat dan cuba meniru corak permainan Evra bersama Manchester United.

Dimitar Berbatov, namanya seakan tenggelam sejak akhir-akhir ini tetapi adakah dia bakal menunjukkan ‘magik’nya?

Dan adakah Nani yang dibandingkan dengan Ronaldo, meningkatkan usahanya lalu sekali lagi melakukan backflip?

Bagi menjawab semua persoalan ini, saksikan perlawanan BPL Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge pada pukul 3.40 pagi nanti.